Papan Iklan

Tuesday, February 11, 2014

Gusar

Kata Kak Tasek :

"Aku ini bukan seperti perempuan hebat macam kamu semua. Aku tak punya beg tangan mahal. Aku tak punya kasut satu almari. Aku tak punya baju dari butik malah tudung Ar_iani pun aku tak ada. Aku ini manusia yang sangat biasa-biasa. Dan aku tak pernah gusar dengan kecikaian aku. Yang aku gusar ialah kot-kot orang lain yang malu nak berkawan dengan aku disebabkan aku ni cikai sangat."

Rupa-rupanya, bukan aku sorang yang rasa macam nih. Kak Tasek pun sama. Tapi, level gusar aku tu up sikitlah sebab aku ada satu benda lagi yang aku gusar iaitu entah siapalah yang nak mengorat aku disebabkan kecikaian aku yang sangat cikai nih? Dah la penganggur sepenuh masa. Tak ada smartphone pulak tuh. Shopping pun kat bundle je. Yang ada cuma hutang PiTeyPiTeyEnnnn.

Eh! Eh! Eh!

2 comments:

tasekM said...

jangan risau beb.
tuhan bersama kita.






*sarung telekung*

:)



.

layar_Lara said...

bermakna kecikaian ku lebih tinggi levelnya...kerana aku juga takpunya apa2

#agak2nya dimata DIA kecikaian kita setinggi mana lah kan... :(