Papan Iklan

Thursday, March 22, 2012

Hilang


Surat khabar KOSMO semalam buat list pasal gadis-gadis remaja yang hilang. Lebih kurang 4000 or 5000 kes dari tahun 2001 sampai sekarang (tak silap wa la. ni wa taip random je. kalo nak spesifik gi la cari balik paper tu. bukan online yek). Wa perati muka-muka gadis hilang yang belum ditemui sampai sekarang. Majoriti cantik-cantik. Ya. Sangat cantik kalau nak dibandingkan dengan wa nih. Tapi wa rasa, kalau muka cantik tapi otak bodoh tak guna jugak. Ye dok?

Menurut fakta yang wa baca, hanya sedikit saja gadis-gadis yang hilang disebabkan kes culik. Yang selebihnya adalah lari ikut pakwe masing-masing. Wa tertanya-tanya jugak.

1) Apasal gadis-gadis ini sanggup meninggalkan keluarga, sekolah, kawan-kawan, saudara-mara dan mengikut lari bersama-sama dengan pakwe yang dicintai?

2) Apakah jaminan yang diberikan oleh pakwe yang belum tentu jadi suami yang sah kepada mereka sampai gadis-gadis ini sanggup berkorban sedemikian rupa?

3) Mana letaknya kepala otak mereka yang waras dan maruah diri?

4) Mana perginya tanggungjawab sebagai anak dan pelajar disekolah?

5) Apasal wa tak dengar pulak kes jejaka lari meninggalkan keluarga semata-mata kerana seorang makwe?

Wa tak nak salahkan siapa-siapa dalam hal nih. Tapi, bagi wa, macam wa cakap tadi la, tak guna kalau muka cantik tapi otak bodoh. At the end, bila gadis-gadis ni dah ditinggalkan oleh pakwe, mulalah nak balik ke pangkuan keluarga. Hah! Tengok! Keluarga jugak yang dicarinya. Kalau yang bahagia sampai ke akhir hayat tu, Alhamdulillahlah. Kalau tak, sendiri mahu ingat. Tak ke menyusahkan orang jugak?

Ok lah. Panjang la pulak wa bebel malam nih. Sebelum tu, amik pantun femes nih untuk lu orang pikir-pikirkan:

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Buang emak buang saudara,
Kerana kekasih hamba turutkan.

P/S: Apabila emosi dan nafsu melebihi akal, macam ni lah jadinya. Wallahualam.

8 comments:

nizamsani said...

menarik.

Orang Akaun said...

ni pesen lari rumah sambil akal tinggal kat rumah..bawak otak semata-mata ja..

alhariesz said...

yg tak tahan tu, siap buat skrip sendirik, cari pelakon, syuting sendirik kejadian kidnap sebab nak larik dari mak bapak yg menatang diorg dari dalam perut...

*biar takde rupa, asal ada otak & maruah

KoQ said...

nizam ~ isu ini sangat series..

orang akaun ~ betul3..dan bawak bodi je..

tok ~ betul3...xpaham dgn budak2 yg buat perangai macam nih? apa yg kurang dlm hidup mereka?

Fuz said...

entah. keluarga duk suap nasi dari kecik sampai kenal dunia. boleh tinggal macam tu je,

KoQ said...

Fuzz ~ kita yang bekerja jauh pun tak sanggup nak tinggal family lama-lama, buda-budak ni sesuka hati je nak putuskan hubungan. Xpaham aku..

Firol said...

lelaki kalau mengayat power, perempuan jenis suka di ayat.lumrah..

silap langkah diorang ni...tapi doa semoga patah balik ke jalan asal...

KoQ said...

yeop ~ tu lah, harap-harap dorang nih buat u-turn baliklah..