Papan Iklan

Friday, May 18, 2012

Perempuan


Melalui pemerhatian dan pengamatan aku, perempuan adalah makhluk yang peka dengan hal-hal yang remeh yang berlaku di sekeliling mereka. Dan perempuan akan menjadi terlebih dan semakin peka apabila lelaki yang diminatinya turut diintai oleh perempuan lain. Contohnya, seorang perempuan A yang agak hot sangat cemburu dengan seorang perempuan B yang sangat seksi. Begitu juga dengan perempuan B yang rasa tercabar dengan kehadiran perempuan A apabila berada di tempat yang sama. Mereka berdua adalah individu yang mempunyai daya penarik dan kekuatan tersendiri. Sama ada dari segi bentuk fizikal mahupun daya intelek yang dimiliki oleh mereka. Dan situasi yang  menyebabkan semakin complicated  ialah perempuan A dan perempuan B saling mengenali di antara satu sama lain. Untuk menjadikan cerita ini bertambah dramatik, perempuan A dan perempuan B adalah kawan dan juga kenalan kepada seorang lelaki C. Pada masa yang sama, perempuan A dan perempuan B sebenarnya sama-sama menaruh hati pada lelaki C dan saling merebut untuk menarik perhatian dan cintanya.

Ironinya, segala tindak-tanduk, tingkah-laku, perbuatan dan juga perkataan yang dilontarkan oleh perempuan A kepada lelaki C yang bermotifkan ‘aku-sebenarnya-sukakan-kau-harap-kau-dapat-jadi-boifren-aku’ dapat dikesan oleh perempuan B (mari kita gunakan Facebook sebagai medium yang menghubungkan relationship di antara perempuan A, perempuan B dan lelaki C). Ini telah membenihkan rasa cemburu di hati perempuan B dan dia mula mengatur strategi dan bertindak dengan lebih cepat, cekap dan tangkas untuk meraih perhatian lelaki C terhadapnya berbanding dengan perempuan A. Yang pastinya, apa yang perempuan B lakukan terhadap strateginya juga dapat dihidu oleh perempuan A. Persaingan dan perebutan yang sangat hebat sedang berlaku tanpa disedari oleh lelaki C. Atau lelaki C sebenarnya malas nak memperbesarkan  hal yang remeh-temeh secara serius dan hanya menganggap small matter je pun.

Jangan lupa ya, pada masa yang sama perempuan A dan perempuan B merupakan kenalan dan juga kawan. Jadi, persaingan yang ditunjukkan oleh mereka berdua sangat professional tanpa mewujudkan sebarang perbalahan dan persengketaan seperti budak sekolah menengah yang sanggup bersemuka dan melarat kepada adegan tarik tudung untuk merebut hati seorang lelaki. Dan perempuan A dan perempuan B juga merupakan di antara pelakon yang hebat di abad ini. Mereka berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku walhal, di dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu apa yang menggusarkan dan meresahkan perasaan mereka.  

Sebenarnya, silent war yang wujud di antara perempuan A dan perempuan B ini sememangnya tiada kesudahan selagi lelaki C masih tidak memberi kata putus yang mana satu pilihan hatinya. Malangnya, lelaki C langsung tidak ambil peduli hal yang berkaitan dengan perempuan A mahupun perempuan B dan menganggap mereka berdua hanyalah kawan malah tidak wujud pun istilah teman tapi mesra. Layanan yang diberikan oleh lelaki C terhadap perempuan A dan perempuan B juga hanyalah biasa-biasa saja. Tiada yang istemewa. Kerana, hati lelaki C sudah dimiliki oleh perempuan D yang lebih dahulu muncul di dalam hidupnya tanpa diketahui oleh perempuan A dan perempuan B. Ah. Cerita yang sangat cliche, bukan?

3 comments:

hanie said...

ok..skrg ko ckp kat aku..ko suke sape sebenornye ni koq?



wakakakakaka... ai is keriru! punyalah serabut..nasib baik aku ahli #foreveralone hahahaha ade kaitan?


takde..

Shukri Mohd Ali said...

wah macam baca artikel. terima kasih atas ilmu berkenaan perempuan :D

xazuraxabux said...

kak cho ~ bukan aku lah. ni hasil pemerhatian disekeliling aku je...

shukri ~ kisah benar nih..hahaha