Melalui pemerhatian dan
pengamatan aku, perempuan adalah makhluk yang peka dengan hal-hal yang remeh
yang berlaku di sekeliling mereka. Dan perempuan akan menjadi terlebih dan
semakin peka apabila lelaki yang diminatinya turut diintai oleh perempuan lain. Contohnya, seorang perempuan A yang agak
hot sangat cemburu dengan seorang
perempuan B yang sangat seksi. Begitu juga dengan perempuan B yang rasa
tercabar dengan kehadiran perempuan A apabila berada di tempat yang sama. Mereka
berdua adalah individu yang mempunyai daya penarik dan kekuatan tersendiri. Sama
ada dari segi bentuk fizikal mahupun daya intelek yang dimiliki oleh mereka. Dan
situasi yang menyebabkan semakin complicated ialah perempuan A dan perempuan B saling
mengenali di antara satu sama lain. Untuk menjadikan cerita ini bertambah
dramatik, perempuan A dan perempuan B adalah kawan dan juga kenalan kepada
seorang lelaki C. Pada masa yang sama, perempuan A dan perempuan B sebenarnya sama-sama
menaruh hati pada lelaki C dan saling merebut untuk menarik perhatian dan
cintanya.
Ironinya, segala
tindak-tanduk, tingkah-laku, perbuatan dan juga perkataan yang dilontarkan oleh
perempuan A kepada lelaki C yang bermotifkan ‘aku-sebenarnya-sukakan-kau-harap-kau-dapat-jadi-boifren-aku’ dapat
dikesan oleh perempuan B (mari kita gunakan Facebook sebagai medium yang
menghubungkan relationship di antara
perempuan A, perempuan B dan lelaki C). Ini telah membenihkan rasa cemburu di
hati perempuan B dan dia mula mengatur strategi dan bertindak dengan lebih
cepat, cekap dan tangkas untuk meraih perhatian lelaki C terhadapnya berbanding
dengan perempuan A. Yang pastinya, apa yang perempuan B lakukan terhadap
strateginya juga dapat dihidu oleh perempuan A. Persaingan dan perebutan yang
sangat hebat sedang berlaku tanpa disedari oleh lelaki C. Atau lelaki C
sebenarnya malas nak memperbesarkan hal
yang remeh-temeh secara serius dan hanya menganggap small matter je pun.
Jangan lupa ya, pada
masa yang sama perempuan A dan perempuan B merupakan kenalan dan juga kawan.
Jadi, persaingan yang ditunjukkan oleh mereka berdua sangat professional tanpa
mewujudkan sebarang perbalahan dan persengketaan seperti budak sekolah menengah
yang sanggup bersemuka dan melarat kepada adegan tarik tudung untuk merebut hati
seorang lelaki. Dan perempuan A dan perempuan B juga merupakan di antara
pelakon yang hebat di abad ini. Mereka berlagak seolah-olah tiada apa yang
berlaku walhal, di dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu apa yang menggusarkan
dan meresahkan perasaan mereka.
Sebenarnya, silent war yang wujud di antara
perempuan A dan perempuan B ini sememangnya tiada kesudahan selagi lelaki C masih
tidak memberi kata putus yang mana satu pilihan hatinya. Malangnya, lelaki C
langsung tidak ambil peduli hal yang berkaitan dengan perempuan A mahupun
perempuan B dan menganggap mereka berdua hanyalah kawan malah tidak wujud pun
istilah teman tapi mesra. Layanan yang diberikan oleh lelaki C terhadap
perempuan A dan perempuan B juga hanyalah biasa-biasa saja. Tiada yang
istemewa. Kerana, hati lelaki C sudah dimiliki oleh perempuan D yang lebih
dahulu muncul di dalam hidupnya tanpa diketahui oleh perempuan A dan perempuan
B. Ah. Cerita yang sangat cliche,
bukan?
3 comments:
ok..skrg ko ckp kat aku..ko suke sape sebenornye ni koq?
wakakakakaka... ai is keriru! punyalah serabut..nasib baik aku ahli #foreveralone hahahaha ade kaitan?
takde..
wah macam baca artikel. terima kasih atas ilmu berkenaan perempuan :D
kak cho ~ bukan aku lah. ni hasil pemerhatian disekeliling aku je...
shukri ~ kisah benar nih..hahaha
Post a Comment