Papan Iklan

Monday, December 21, 2009

Jika Ada Mesin Perentas Masa

20 tahun dahulu. Yang aku ingat.
Dia suka belikan aku gula-gula.
Dia selalu bermain dengan aku setiap petang.
Dia tidak pernah tinggikan suaranya padaku.
Dia sentiasa di sisi aku.

Mak kata.
Dia paling baik antara kami.
Paling bijak antara kami.
Juga, paling kacak antara kami.

Semua orang sayangkan dia. Kami. Jiran-jiran.
Saudara-mara. Kawan-kawannya. Cikgu-cikgunya.
Dan Tuhan juga.
Sebab itu Tuhan pinjamkan dia sekejap saja pada kami.
Kini, aku mengerti.

Tidak banyak kenangan aku dengannya.
Tapi. Yang paling tidak boleh aku lupa dan tidak akan lupa, sewaktu sekujur tubuhnya terbaring kaku ditengah-tengah rumah. Di selimuti dengan gebar kain batik. Bau kemenyan meresap ke serata rumah. Dan, air mata mak tak henti-henti mengalir.

Aku berharap, jikalau ada mesin perentas masa,
aku mahu kembali ke zaman itu.
Waktu jasad dan rohnya masih lagi bersatu.
Waktu dia mampu lagi berlari-lari dengan aku.
Waktu sebelum dia terbaring kaku.

Al-Fatihah.

Saturday, December 19, 2009

Hari Minggu Yang Bingung



Setiap hari Jumaat bulan ini adalah cuti.

Perghh! Best!!

Tapi yang tak bestnya bila hari Sabtu adalah giliran hari bekerja.

Layan tv sampai lebam.

Tak pun memenuhi undangan kenduri kawan-kawan.

Monday, December 14, 2009

Semangat Satu Malaysia

Aku tengok jam. Lebih kurang pukul 12.30mlm.

"Hissyyhh! Kerja giler nih!" Aku mengomel sendirian.

Pintu ditolak perlahan. Kami berenam melangkah masuk perlahan. Selamba. Automatik, semua mata yang ada di dalam bangunan itu memandang kami. Ada yang terkejut. Ada yang tersengih-sengih. Dan ada yang tergelak-gelak.

Sebelum masuk tadi pun, si baju melayu kaler ungu telah memberi kata-kata semangat.

"Biaq pi depa dok tengok kita, dok kata kita. Kita buktikan, ni baru semangat satu Malaysia," Megah. Ibu jarinya diangkat tanda bagus.

Kalau boleh diukur ketebalan muka menahan malu, aku agak sudah 8 inci tebalnya. Rasanya, kami tidak buat salah besar pun. Kami pun manusia biasa juga. Cuma, malam itu, kami berpakaian agak sopan. Ya. Memang sopan.

Mana ada orang lain selain dari kami yang baru balik dari kenduri doa selamat dengan berbaju melayu dan berbaju kurung pergi karaoke di tengah-tengah malam buta?

Dan, kata si baju melayu kaler peach, "Silap aku tak pakai kopiah lembik dengan kepit fail putih. Mesti budak-budak kat karaoke tu pucat ingat kita nih dari Jabatan Agama nak rush tempat nih, hahahahaha...,"

Memang cari penyakit. Nyanyi pun lagu-lagu nasyid dan lagu-lagu slow je. Haih! Tak pernah buat dek orang. Tau di mak aku, maunya kena kamehameha..

Wednesday, December 9, 2009

'R'

Pagi semalam. Tengah sarapan.

Nora: Aju nok air teh o?
Aku: Nok. Kalo teh tak boh. Teh o nok la.
Nora: Okeh. Nok wak sejag nih.
Aku: Bereh.

Dengan rajin dan ikhlasnya, Nora membancuh teh o peveret aku. Kalau air teh+susu, awal-awal lagi aku serender sebab boleh buat perut aku tak best satu hari.

Then, aku sambung makan. Nyum! Nyum!

Aku: Kak, kalo kat umah kampung, mak saya mesti reverse air teh o untuk saya gak. (mengadu kat Kak Pidah dengan penuh yakin dan konpiden)
Kak Pidah: Oooooo....(angguk-angguk kepala)

Diam. Tiba-tiba, muka Kak Pidah berkerut. Aku berhenti mengunyah. Aku rasa macam ada yang tak kena dengan statement aku tadi.

Aku: Eh, saya sebut reverse ke?
Kak Pidah: Hahahhahahaa....reserve laaa..(gelak tahap gaban)

Aku sambung balik telan kuih tat. Pagi-pagi dah buat lawak seposen.