Papan Iklan

Monday, May 30, 2011

Bonus


Soalan yang banyak gua terima sejak dua menjak nih.

"Bila nak kahwin?"

Senyum. Kalau gua tahu bila gua nak kahwin. Gua jawab je terus tarikh dan waktunya. Tak payah la lu orang dok tanya-tanya lagi. Ye dok?

Bagi gua. Tak salah kalau seseorang perempuan itu kahwin lambat. Tak pun tak kahwin. Belum sampai seru. Atau pun jambatan jodoh dia masih panjang. Kahwin tu kan sunnah. Dan. Kalau seseorang perempuan tu berkahwin dengan seseorang lelaki yang baik dan mendapat anak-anak yang baik. Itu adalah satu bonus yang sangat besar dalam hidup seseorang perempuan tersebut.

Tapi. Tak semua perempuan yang dapat bonus macam tuh. Kan? Hah! Amacam? Lu pikirlah sendiri.

5 comments:

alien said...

em.
bonus besau.

hani said...

perkahwinan bukan jaminan utk kebahagiaan hakiki. titik.

Pembunuh Tanpa Bayang said...

akan ada untuk kita satu masa nanti pasti akan tiba jua.tapi kita sendiri masih berteka teki bilakah masa itu akan tiba.

itu kan menjadi rahsia TUHAN.

nasyrun nasyrun said...

membe aku kawin cepat,rupanya bini dia lesbian

KoQ said...

alien ~ yeah..

kak cho ~ gua setuju..

PTB ~ keje Tuhan, jgn kacau, kita just berusaha, doa n tawakal je..

nasyrun ~ ahh..setel masalah..