Langit gelap. Hitam pekat warnanya. Diiringi bunyi guruh dan pancaran kilat. Titis-titis hujan mula membasahi bumi. Semakin lama semakin lebat. Sejuk.
Dia termenung di jendela. Memerhati manik-manik cecair yang berlumba-lumba turun dari langit. Kepalanya ligat memikirkan sesuatu.
Dia ke dapur. Tangannya pantas mencapai mug. Teh uncang cap Lipton. Gula satu setengah sudu. Dan cerek yang masih berisi air panas. Perlahan-lahan dia mengacau. Siap. Teh o panas. Masih berasap.
Kemudian. Dia menghampiri kabinet. Matanya melilau mencari sesuatu. Sesuatu yang berbentuk empat segi. Dan terarah pada bungkusan plastik berwarna merah. Dia mengambilnya.
Di kala hujan lebat itu. Dia keseorangan. Hanya ditemani oleh segelas teh o panas dengan sebungkus biskut cap pingpong. Menikmati rezeki yang sangat 'heaven' bila waktu hujan turun.
Dia rasa bahagia dengan situasi itu. Dan berharap agar hujan tak akan berhenti lagi. Kerana dia mahu 'berhibernasi' di dalam selimut pula.
Dia rasa bahagia dengan situasi itu. Dan berharap agar hujan tak akan berhenti lagi. Kerana dia mahu 'berhibernasi' di dalam selimut pula.
18 comments:
hujang sepanjang hari...sejuk betul hari ni sedap tido nieh =p
ujan syok layan kopi o weh
memang superb
apa barang hujan layan teh wooo
layan milo ke
kopi o ke
baru heaven terbes
waktu hujan memang sinonim dengan minuman panas bersama biskut pin pong, biskut hup seng, dan semestinya biskut lagenda iaitu biskut lutut.
syurga~
rose ~ peh..heaven..tp aku keje weh..T_T
nasyrun ~ kopi utk org tua je weh..haha
caki ~ kan? kan? kan?
alien ~ aku xsuka milo..huhu
afrohead ~ masa kecik2 dlu aku suka biskut kayu balak..peh..
biskut kayu balak hanya komplit apabila dilayan dgn kopi o
kopi byk kafein, ok..haha..(nak memang jugak)..
..yg hanya bleh dineutralkan dgn roti balak tu haha
..tapi aku lagi suka cicah dgn teh o panas...
bleh la. tp tetap kopi o gak yg terbaek hehe
ok2..senang citer, segelas kopi o, segelas teh o dan setabung biskut balak, amacam? hahaha..
orait. tp blm ujan lg ni. cmne
aitcheh..ye tak ye jugak. takpe, buat sahur pun kira boleh jugak..
pe brg sahur. sarap nasi dagang sudeh. pehh best haha
ah..mentang2 lah duduk kg, eksen yek..
ahaks (gelak manja) biasa
ok.gua geli lu gelak manja. huhu..=P
Post a Comment