Papan Iklan

Tuesday, October 18, 2011

Amazing Race: Feeling-Feeling KPop


Gua malas nak taip panjang-panjang. Lu tengok je lah gambor yang gua dah tepek kat sini.

D72682 membelah awan biru.


Wajib cuba Bibimbap ni. Tapi amik yang sayur je lah.


Kucing ni kena ikat sebab selalu rembat ikan kat Pasar Busan.


Lot-lot kedai di Busan.


Di antara jenama yang paling glemer.


Jualan langsung dalam tren adalah perkara biasa bagi mereka.


Feeling-feeling Winter Sonata di Pulau Nami.


Hati dan spirit gua memang tertinggal kat sini.

Perkara-perkara yang gua perasan semasa jelajah Gyeonju-Busan-Gwangju-Seoul:-

1) Kedai mekap merata-rata. Tapi kedai buku memang payah nak jumpa.
2) Dorang sangat obses dengan beauty, mekap, fesyen, high heels, cermin dan henpon.
3) Walaupun lack of communication, dorang masih sudi membantu.
4) Manners dorang sangat superb. Gua tabik spring dengan dorang.
5) Dalam tren, tiada golongan yang sihat walafiat duduk kat kerusi yang telah dikhaskan.
6) Dalam tren jugak, dorang duduk diam. Tak de nak sembang pung-pang-pung-pang macam kat kedai kopi.
7) Gua nampak kebanyakan dorang pakai henpon macam Iphone je. Blackberry langsung tak de.
8) Golongan pakcik, makcik, datuk dan nenek mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti hiking dan bersenam.
9) Sangat pentingkan masa. Kalau lambat kena tinggal.
10) Tandas sangat bersih. Dan dorang adalah pembersih.

Dah. Nak tau kisah lebih lanjut, lu klik je kat blog Fatt & Hanie. Dorang ni rajin tulis panjang-panjang. Kehkehkehkeh...

Next pit stop? Tahun depan punya cerita pulok. Hahaha..

8 comments:

Wadi AR said...

ouhh fatt tu. aku selalu bace wey

Fatt said...

oi wadi...kat sini rupanya ko..

koq, ni pesen summary ke hape? tapi ads yg ilovebabi tu mmg kelakar...no wonder org2 cni bgitu obses dgn tonyok....err, aku baru dpt tau tonyok kaler hitam tu byk di jeju island...katanya lazat~ hahahaha


pitam!

ahmad said...

yang lain dah menarik kecuali terlalu obses dgn mekap, fesyen dan kecantikan

agak menyedihkan

koq, gua mau bendera gua

ORLANDO AHMAD said...

Gua balik german,

alhariesz said...

syioook weh... naik kapal tobang

fnd said...

Wow..

kemang~ said...

akhir nye..

hapdet ler lagi koq..

Faaein Talip Roy said...

perghhh.. bila lu pergi korea ni.. jeles sehhh...