Papan Iklan

Saturday, August 21, 2010

Coretan Ramadhan 1431H: Hormat


HOD aku. Merangkap boss aku. Perempuan. Berbangsa Cina. Sedang mengandung 4 bulan. Tahap selera makan beliau semakin meningkat. Biasalah, orang mengandung memang makan banyak.

Jadual makan beliau sudah kami hafal. Pukul 9.00 pagi, pukul 11.oo pagi, pukul 1.00 tengahari (lunch hour la) dan pukul 4.00 petang. Bekal makanan yang dibawanya pun memang banyak. Berplastik-plastik.

Bulan lepas. Sebelum puasa. Beliau senang lepak kat meja beliau sendiri je bila makan. Tapi, sejak 1 Ramadhan yang lalu, beliau telah beralih tempat makan ke department sebelah yang ada petisyen. Dah tu pulak, makan secara sorok-sorok. Dan, bila kami tanya kenapa, beliau berkata,

"Kamu olang puasa maa.. tak boleh la makan depan kamu,"

Padahal, kami tak kisah pun sebenarnya kalau beliau nak makan di mejanya.

Dan aku sangat respek dengan sikap beliau yang hormatkan Agama Islam. Macam tu lah baru satu Malaysia. Ye dok?

17 comments:

mcjust.lol said...

nasib baik aku makan depan roommate aku dia takde masalah pon, takde hal lah. hahaha

h a n i e said...

hah..org bkn islam tau pulak hormat org berpuasa..tp org islam sendrik.....hadooo...

Peminat Katie Holmes said...

ya betul. Orang islam ja yg tak hormat agama sendiri.

Ju Asu Ra said...

mek jah: hehe..ok lah tu dpt mbr yg sporting

kak cho: kan..kan..kan..rasa cam nak libas je spesis cam gitu, kan?

katie: dunia dah terbalik..

lumut said...

tp org melayu jugak perangai macma binatang..bace x paper pasal kes rogol tuh?kuang aja kan?

frwls said...

semakin berasimilasi. hehe. kita pun sambut tahun baru cina maaaaa

angpow angpow aunty~

Shukri Mohd Ali said...

zaman nabi dulu orang boleh hormat menghormati walau berlainan agama, kenapa sekarang tak boleh pulak kan? hehe =)

fndrocka said...

oooooo...lagi satu sebab...dia taknak share dengan kau lah tu

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

dah kurang orang macam ni

citahrudin said...

kalu aku jumpa mamat taf yg merokok jam 6 ptg hr tu, aku srh dia bc nih

Ju Asu Ra said...

lumut: kes buang bayi pun byk org melayu jugak yg terlibat..

caki: betul tuh..

shukri: tepat skali..=)

fndrocka: puasa la weh...kalo share aku pun xnak..haha

brutalsolo: yup..

Ju Asu Ra said...

citah: bagi tazkirah skali..

beautiful_rose said...

bagus la dia...ada juga org bukan islam yang menghormati org islam.

tp y peliknya org islam di bangsar dengan selumbernye makan kat mc'd time lunch.buruk betul perangai...

nizamsani said...

ya.

Robot Baik said...

bagus bos kau.
respek orang yg tgh puasa.
tak macam bos aku, asyik mrngunyah jer masa meeting.

Firol said...

tu namanya hormat..teringat lagej entri alhariesz

Ju Asu Ra said...

rose cantik: manusia mcm2 ragam, kan?

nizamsami: hehe..

robot baik: hohoho..sabor je lah..psstt..mesti ko terliur, kan?

firol: kes yang lebih kurang sama..