Papan Iklan

Tuesday, February 1, 2011

Dua Kali


Balik kerja.
Pergi bayar bil berokbeng kat meksis.
Lepas tuh. Cari mesin ATM. Cucuk duit.
Kemudian. Lepak di kedai buku. Sekejap.
Lapar. Beli roti. Eh! Lupa nak topap.
Pergi meksis centre lagi. Bagi nombor henpon.
Not RM10 bertukar tangan.
Berlalu pergi. Hujan lebat gila.
Nasib baik parking keta tepi bumbung.
Basah sikit je. Kena tempias.
Ni yang aku hangin nih.
Apasal topap tak masuk lagi?
Start keta. Mahu terus balik rumah.
Tapi. Hati jadi tak best.
Topap kredit tak dapat-dapat. Hampeh!
Aaahh! Tak boleh jadi.
Kena pusing balik nih. Parking keta tempat teduh.
Pergi meksis centre balik. Komplen kaw-kaw.
Dan-dan tu mamat kaunter meksis reloadkan. Cilakak!
Pergi tempat parking. Alamak! Lupa off lampu keta.
Nasib baik kejap je. Kalau tak maunya bateri kong.
Haih! Hujan lebat tak berenti lagi.
Balik rumah. Cari parking kosong. Ada.
Amik payung kat seat belakang.
Tangan penuh dengan roti, botol air dan makanan ringan.
Jalan secepat yang mungkin. Kain dah basah.
Baru je pijak tangga tingkat satu.
Tiba-tiba baru teringat. Aku off tak lampu keta tadi?
Patah balik pergi kat keta.
Redah hujan lagi.
Tengok keta. Semua undercontrol.
Panjat tangga sampai tingkat lima.
Perghh! Setiap hari macam tuh.
Letak beg. Letak barang. Cari bantal. Baring.
Penat tau tak?


4 comments:

frwls said...

rest in peace bro...

haha

beautiful_rose said...

patutlah kurus kering...
hari2 dok panjang tangga sampai 5 tingkat rupanya...huhuhu


hujan,best untuk tidur.......

citahrudin said...

keh3..derrr, ini selalu kena kt aku je derrr

yg_indah said...

kena subscribe post paid la camni.