Papan Iklan

Sunday, April 17, 2011

Sepuluh Tahun

Sepuluh tahun dulu.

Tahun amik SPM. Cikgu suruh belajar rajin-rajin. Tapi malas. Sibuk turun padang. Banyak main. Tambah-tambah pulak ada skandal. Lagilah liat nak pegang buku. Masa ni dah pikir apa nak jadi dalam masa sepuh tahun akan datang (sekarang la). Kononnya nak jadi orang berjaya. Nak ada duit banyak. Nak bina keluarga sendiri. Alah. Budak-budak sekolah yang tak kenal dunia lagi. Memang suka berangan yang merepek-repek (aku la tuh).

Sepuluh tahun selepasnya (sekarang la).

Bila diingatkan balik. Rasa menyesal memang ada. Dulu tak belajar sungguh-sungguh. Padan muka aku. Semua yang diangankan dulu, satu pun belum jadi realiti lagi. Hahaha. Sekarang nih, mulalah berangan nak balik ke zaman sepuluh tahun lepas. Kononnya nak repeat balik benda yang tak kesampaian. Memang tak tahu bersyukur aku nih. T_T. Sekarang tak berani dah nak pikir benda-benda yang akan berlaku untuk masa sepuluh tahun akan datang. Redha je lah. Janji aku jadi 'orang'. InsyaAllah.

Sepuluh tahun akan datang.

Ntah hidup. Ntah tidak. Wallahualam..

4 comments:

nasyrun nasyrun said...

10 tahun dulu gua dah kat uni,
saban hari gua enak dibuai mimpi, jadi slalulah kiranya ponteng mengaji,
mmg macam ni la benda yg terjadi, kais pagi mkn smpai ke besok hari

Shukri Mohd Ali said...

hidup misti terus :)

Ju Asu Ra said...

nasyrun ~ tu la, sapa suh berpoya-poya xigt dunia? kehkehkeh

shukri ~ yezzzaa...hidup mesti terus..

nasyrun nasyrun said...

tula. berpoya dlm tido haha