Papan Iklan

Monday, November 14, 2011

Basuh Kereta


Dua hari lepas (kat Perodua Service).

Brader Perodua berambut lurus panjang paras bahu pandang gua. Keningnya terangkat.

"Ni dah berapa lama tak basuh kete?" Dia senyum. Perli ke apa ke, gua pun tak tahu. Dia mencalit jarinya pada rim. Wow! Kesan kotoran yang degil jelas kelihatan dengan terang lagi nyata. Gua buat peace pada beliau.

"2 bulan," Jawab gua selamber. Beliau menggeleng-geleng kepala. Dan mula memberi ceramah free pada gua tentang penjagaan kereta dengan baik.


Hari ini.

Atas nasihat (lebih kepada bebelan sebenarnya) Brader Perodua berambut lurus panjang paras bahu dua hari yang lalu, gua bawak 'kekasih hati nombor 2' pergi mandi spa lepas balik kerja. Dan pukul 8 tadi. Guruh berdentum-dentum. Di selang-selikan dengan panahan pancaran kilat. Kemudian, hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah!! Murah rezeki 'kekasih hati nombor 2' gua. Dapat mandi free lagi buat kali kedua untuk hari ini. T_T.


9 comments:

Wadi AR said...

bes kan kene ceramah

fatt said...

hahaha....aku kan koq, ms memula pakai keta tu, bleh dikatakan seminggu sekali aku pi kasik dia kilat...pastu biasala, hangat2 taik ayam...hihihi...last2 amik ko, mcm kain buruk la jadinya skrg...silap2 aribulan rimau menyorok dlm bonet pun aku tatau

alien said...

sekarang ni musim hujan brader...
patut ko jwb camtu je
setel

YanTie AhMad said...

haha..sama laa..awal2 jek rajin..siap beli sabun la wax bagai2..skang ni, nk singgah kedai cuci keta pun malas..sian dia..

nasyrun said...

peace!
(merujuk juga pada dua bulan itu)

OrangAkaun K said...

gua dah tak ingat bila last gua basuh..kereta putih dah jadi kelabu asap..

beautiful_rose said...

basuh sendiri,jimat...kehkehkeh =p

MR . ORLANDO AHMAD said...

Lu mandi cukup tak?

rozanna.rizwan said...

nak basuh kerap pun,gi masuk mesin tu je.lagi senang. :D