Papan Iklan

Monday, March 8, 2010

Apa Yang Diperlukan, Hanyalah Sebatang Tongkat Sakti

Hatinya luka lagi.
Ditetak. Dicincang. Ditumbuk.
Dikisar. Dibom. Juga dipatah-patahkan.
Hancur. Lumat. Berkecai jadinya.

Ada rasa ngilu. Pedih. Senak. Kecewa. Sakit.
Serta luluh menjadi keping-keping jigsaw puzzle.

Dikutipnya satu-persatu.
Penuh cermat. Disusunkan elok-elok.
Digamkan. Disalotapekan. Diplasterkan.
Agar tidak bercerai lagi.

Dijahitkan dengan manik-manik yang berkilat dan berwarna-warni.
Dibiuskan. Juga disapukan iodin.
Tapi, masih lagi kritikal.

Tiada rasa. Tiada jiwa. Tiada cinta.
Juga tiada perasaan.
Kosong.

Di kala ini, tongkat sakti saja yang diperlukan.
Hanya hayun dan lafazkan hajat.
Agar hatinya sembuh kembali seperti sediakala.
Juga kebal.




~ Nak pinjam tongkat dengan Harry Potter ~

17 comments:

hanie said...

kerusi roda lu tak mau pinjam sekali ke..?


:P

~0~ said...

tongkat gandalf lg power...hahahahaha

citahrudin said...

k..sabtu ni jumpa kt JJ. aku bg ko pinjam tongkat

yg_indah said...

hati aku ada crack

afendi ariff said...

tongkat nenek kebayan pun okeh!

Mr feckry said...

lu sakit hati sama siapa?meh gua tolong setelkan

embun d tengah malam said...

tongkat kureng..guna pedang lagi senang,,hehehhe

relax beb

farwalis said...

semoga hati sembuh cepat dengan tongkat hikmat.

supaya kembali melompat.. :)

Kejora said...

hanie::
agak2 bila dah xleh jalan baru aku nak pinjam..hehe

~0~::
ye ke? kena cari nih

citah::
haha....aku okeh je

yg indah::
uih..dah rosak dah tuh..

afendi::
xmo lah aku..takuttt..

mr frecky::
huhu..mekasih..

embun::
pedang starwars ke? hehe..nak rileks tapi berserabut..hmmm..

farwalis::
harapnyalah...huhu

Firol said...

J..dow lagi ke?..ni apa crite ni beb?

Ries Lee said...

wheel chair bermoto nak tak nenek?

puding roti said...

woh jiwang

Frodo Baggins said...

tongkat ali x moh??

ngahahahhaha ~~~

>>___<<

huhuhuhu
tiba2 wa pown syahdu sama ..
cesss ~~~ sapa itu org?
meh wa saktikan hati beliau!

sabo2 ((sambil hulur aiskim))

mishaq said...

pinjam tongkat ahli sihir lagi best! ;)

Kejora said...

firol::
hah..citer? citer kartun ada..nak? (wat muka blurr)


ries lee::
kalo nak sponsor bleh je atuk...haha

puding::
jiwangkah? aitcheh!!

frodo::
tongkat ali xmoh...xde kaitan ngan idup aku...org itu adalah seseorang...(smbil mkn aiskerim)

mishaq::
kalo ada betol, dah lama aku pinjam dulu..hehe

acap said...

tongkat yang hujung dia ada bintang tu ke azura?
aku ada.
nak pinjam.
tapi sekejap jela ya?
jgn lamalama

Kejora said...

acap::
xnak tongkat tuh...nak yg Harry Potter punyer..

(seru nama betul aku lak tuh)