Papan Iklan

Monday, March 22, 2010

Simple, Selamber Dan Sempoi

Sabtu baru-baru nih. Giliran aku kerja. Malasnya hanya Tuhan yang tahu. Dah la malam tu aku tidur lambat sebab pergi lepak dengan Cikgu Onizuka kat Tokyo. Sah-sah subuh gajah aku pagi tuh.

Kelam kabut jugak la aku bersiap. Pakai apa yang mampu dicapai je. Senang. Janji simple, selamber dan sempoi. Kena dengan slogan aku sepanjang hayat. Heh!

Setibanya di opis. Kak Pidah gelakkan aku.

"Akak ingat Aju main-main je nak pakai macam nih," Aku sengeh. Sebab masa hari Jumaat tu, aku dah cakap awal-awal dengan Kak Pidah yang aku memang nak pakai macam tu.

"Hehe....dah lambat Kak. Saya sarung je mana ada depan mata," Aku agak rushing pagi tu sebab kunci department kitorang aku yang pegang. Kesian. Semua tengah tunggu aku masa aku sampai. Rasa macam YB pulak.

Hari Sabtu. Ingat boleh rilek-rilek. Tapi haram. Kerja banyak jugak. Turun naik jugak la dari department aku ke department teknikal dengan PO yang urgent. Siap berlari-lari. Macam-macam gaya ada. 100 meter, 200 meter, lari pecut, jogging, lari anak dan sama waktu dengannya. Memang tepat dan tak salah langsung aku mengenakan fesyen sebegitu.

Aku tengok Kapten yang duduk belah side operation toleh kat aku dua tiga kali masa aku lalu sebelah dia. Orang-orang teknikal pun dok senyum-senyum tengok aku. Budak pembantu teknikal tu pun tumpang sekaki pandang aku semacam je. Ya. Aku tahu. Citarasa fesyen aku hari itu sangat kuno.

Lantaklah. Janji aku senang dengan fesyen aku nih. Aku pun kembali menyibukkan diri dengan kerja-kerja yang sememangnya banyak dalam keadaan yang agak mengantuk sehingga pukul 1 tengahari. Orang lain pun dah ramai yang balik. Rajin giler aku hari tu.

Masa aku tolak pintu nak balik pergi punch card, nampak si Caballero dan Brader Lan tengah lepak. Aku pun tanpa segan silu, duduk bersila atas meja belakang, join diorang lepak sekali. Borak-borak kosong kejap sebelum balik.

"Macam budak sekolah balik dari kelas tambahan," Tegur Brader Lan.

"Giler sempoi. Ko nak pergi bersukan ke?" Caballero buat kelakar dengan aku.

Aku pun mula buka cerita dengan diorang.

"Sebenarnya, aku jogging masa datang opis pagi tadi. Tu yang pakai macam nih. Lepas nih aku ada training bola jaring pulak," Kelentong aku.

"Wak lu!!" Bidas Caballero. Dan sambung kembali sesi sembang-menyembang macam lepak kat kedai kopi.

Aku rasa aku dah pecah rekod kat opis tu. Seingat aku, tak pernah ada lagi orang yang pakai seluar trek pergi opis hari Sabtu. Apa nak malu? Seluar trek je pun. Tu belum aku pakai kain batik lagi. Haaaa......


18 comments:

cikmi said...

hehehe cOol pe pkai seluar trek g opis~ala2 nak bersukan gitu!hehehe
xpe!next time pkai kain batik la..tgk pe respOn dOrang!!!;))

farwalis said...

hheheh.. tahniah pecah rekod!

embun d tengah malam said...

biasa je tu..lau kain batik mungkin kot..baju pakai hooded..baru tergejut beruk maybe

Shukri Mohd Ali said...

cool! (^__^)

h a n i e said...

ko pandai ke pakai kain batik??


hahahahhaha!!

citahrudin said...

ntah diorang nih..aku pun heran, bese lah kn pakai suar trek..

nk join sm ckp je lhj..

afendi ariff said...

Track standard la sis...
aku penah pakai bermuda hari Sabtu...masa muda dulu la...heh!

acap said...

sempoi nak mampus pegi opis pkai sluar trek!
macam pegi kedai pakai baju tidur.selamba!

yg_indah said...

kain batik pakai dgn kebaya ok kot

Clark Pett said...

Aku pernah pakai seluar pendek la jue masa keje situ.Ko try la plak.Seluar pendek + tudung labuh.cun.terbaeekk.

hans said...

memang slumber habis la ekau
hahaha

Firol said...

Jue..hang pakai kain batik..baru gadis melayu ahak

KeJoRa said...

cikmi:: teringin jugak..nanti ada keberanian aku buat..haha

farwalis:: mekasih..haha..

embun:: sweater kat opis pun ada hooded...pekena kain batik je..baru ngam..haha

shukri:: hehehe..baru 'sejuk'!

hanie:: nampak sgt ko tak yakin ngan aku..nak lawan ka? hahahhahha

citah:: ntahnye...mcm lah aku ni ada rupa alien..

afendi:: ala..xde pompuan yg pakai suar trek kat opis aku lagi..aku lah yg 1st..haha

acap:: baru kamu tau aku sempoi..hehe

yg indah:: itu..errr..errr..tunggu dinner mak-mak datin la..hehe

pett: ko laki..standard la suar pendek....mana ada pompuan kat opis tu pakai suar trek lagi...hehehe..(tp bdk dpn baru tu pakai suar pendek atas lutut..seksi wooo...)

hans:: hehe...hidup mesti selamber..

firol:: aku pakai kain batik kat umah je laaa....hehe..

puding roti said...

dl ms sek menengah sy suka pakai kain batik. sy igt, sy dh pandai pakai kain batik, tp rupanya sy selalu pakai bunga kain batik terbalik

syndrome of roXstar said...

erkkkk.dah bhenti pakai suar trek bila dah abes form 5..selepas tuh xpenah beli lg..

masa zmn sukan2 uitm,pnjm je sua rumate..hahaha..

KeJoRa said...

puding::
sekarang dah terer ke?

syndrome::
bijak...jimat..kalo sama saiz xper la..

~0~ said...

gile kental.....hahahahahaha

KeJoRa said...

~0~::
haaaa..aku memang kental..