Papan Iklan

Tuesday, June 22, 2010

Situasi Itu

Satu hari di pusat membeli-belah. Tengah sedap pusing-pusing. Jalan-jalan perabih duit. Sambil cuci mata usha pakwe-pakwe hensem, komik dan DVD cerita Jepun. Tiba-tiba terdengar satu suara yang sangat familiar dari belakang. Gelak tawa dan suara yang tidak asing lagi sejak 10 tahun yang lalu. Yang pernah hadir dalam hidup aku. Toleh ke belakang. Sah. Skandal lama masa old skool dulu-dulu.

Aku ambil tindakan drastik. Berpusing mengadapnya. Mata bertentang mata. Masa tu, jantung berdegup kencang. Rasa nak pecah pun ada. Macam terkena renjatan arus elektrik bervoltan 1000kw. Tahap adrenalin tak ubah macam kereta lumba F1.

Kaki terpaku. Badan mula menggigil perlahan. Dahi pun dah berpeluh. Mulut terkunci. Tiada sepatah perkataan pun yang keluar. Diam. Sunyi.

Aku pandang dia. Dia tengok aku. Mata coklat cairnya masih seperti dulu. Bersinar lembut. Nak tegur ke tak? Bisu. Hanya membalas senyuman. Aitcheh! Apasal makin hensem nih? Dalam kepala ada sesi ulang tayang kisah lama. Sebijik macam cerita dalam movie.

Hati setan mula menghasut.

"Pergi tegur dia..pergi tegur dia. Lu tak rindu dia ke? Dah lama kan lu tunggu masa macam nih? 10 tahun beb!"

Arggghhhhh....setan betul. Apa aku nak buat nih? Glupp!

Aku buat selamber rock. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Kontrol macho. Gagahkan kaki melangkah ke arah rak-rak DVD yang lain. Tangan ligat membelek-belek DVD yang ada kat depan mata. Cuba berlagak hero. Buat-buat tak kenal dia walaupun dalam hati rasa nak jerit kuat-kuat dan teringin nak menatap mata coklat cairnya lagi. Bikin jiwa kacau lagi. Ooohhhh!

Dia pulak. Melangkah perlahan. Meninggalkan aku dengan DVD yang berlambak-lambak kat depan mata beserta dengan kenangan lalu yang menjelma diingatan. Dammmm!!

Ok. Sila abaikan situasi yang seterusnya.

Kerana, tu semua adalah imaginasi setan aku semata-mata. Amacam? Thriller tak?

19 comments:

Peminat Katie Holmes said...

boleh la. nice try.haha

burungmurai said...

aku tertipu smpi abis..
damn...
hahahaha

citahrudin said...

masa tadika...kawan aku selalu cakap

~sape bohong dia berdosa~
hah?

Koyuki said...

laaa...ending?

nizamsani said...

entah-entah cerita betul.

h a n i e said...

lps ko balik...esoknya mata bengkak..

kan..?


:P

farwalis said...

mesti yang menjelma diingatan tu peristiwa kena denda berdiri atas kerusi sama2 kan?

Ju Asu Ra said...

Peminat Katie Holmes:: aku main tulis je weh..

burungmurai:: hahaha...best tak?

koq:: aku x tipu..tu adalah imaginasi aku..

koyuki:: ending mcm tu laa...nti aku berimaginasi lagi yek..

nizam:: tekaan kamu salah..

hanie:: kak cho tolong sambungkan imaginasi aku kah?

caki:: imgainasi kamu tak thriller..unsur2 didenda berdiri atas kerusi langsung xwujud..haha

alhariesz said...

thriller ke hitler?? agagagaggaa :D

byk sgt tgk naruto kot...tu yg imaginasi + chakura lebih dose drpd biasa... hahaha

mimizuzuhaha said...

penat je aku baca dgn penuh kesungguhan mata dan jiwa..dem

Ju Asu Ra said...

alhariesz:: thriller dari segi mental n emosi..haha..naruto aku xlayan..sekrg nih tgh giler ngan Gokusen..hehe

mimi:: hahaha...mencabar emosi, kan?

mirachantek said...

aku rasa macam kena tipu pun ada...

Linglung said...

ni angan angan ke berangan ke mimpi ke..gua pun xtau..huhhuhu

Ju Asu Ra said...

mira:: memang patut ko rasa cam tu..haha

linglung:: ini imaginasi gua, tau?

Sang Harima said...

Ingatkan betul.. kalu betul agak-agak boleh pekena nasi minyak dok?

beautiful_rose said...

hohoho yeke nieh...........

puding roti said...

cet :P

yg_indah said...

aku rasa ko nak cover dgn kata ini hanya rekaan ni.

Ju Asu Ra said...

sang harima:: nak mkn nasi myk gi je warung mak ngah selamah..haha

beautiful rose:: ini adalah imaginasi aku..betul..xtipu..

puding:: haha..=P

yg indah:: mmg rekaan semata-mata pun..haha..