Papan Iklan

Monday, June 28, 2010

Fasa Pertama


Aku tak peduli dah dengan pakcik-pakcik berkopiah yang lalu-lalang naik motor.

Aku tak hirau dah dengan makcik-makcik yang berpayung nak pergi kedai atau balik dari kedai.

Aku tak heran dah dengan mat-mat rempit yang sibuk buat aksi sarkastik dengan motor dorang.

Aku tak kisah dah dengan drebar mahupun penumpang bas Eng-Giap dari Tampin ke Kuala Pilah mahupun dari Kuala Pilah ke Tampin yang berhenti betul-betul depan pagar rumah Omak (Mak sedara aku).

Aku tak perasan dah tangan, kaki dan badan aku yang berbintat-bintat dek menjadi sasaran gigitan lovebite nyamuk dan juga semut.

Aku tak ingat dah bila masa kain batik yang aku pakai bertukar menjadi seluar tido.

Dan, aku juga tak kira dah tahap keberatan dan ketinggian galah yang sememangnya melebihi aku.


Apa yang penting, dapat kait buah rambutan 3-4 kilo bawak balik Klang dah cukup bagus. Siap dah agih-agihkan dah. 1 plastik untuk budak-budak rumah, 1 plastik untuk berkelah kat opis dan 1 plastik lagi untuk mak mertua.


Errr...eh! eh! eh! celah mana datangnya mak mertua pulak nih? Cancel. 2 plastik untuk berkelah kat opis.



Durian? Dapat 2 bijik je. Tu pun dah kopak dengan tupai.


Fasa kedua
- Tunggu plan Kak Cho dan Citah. Bila weh? Gua tak sabor nih

Fasa ketiga - End of July. Pakat dengan abang aku nak pergi tengok dusun yang terbiar kat kampung.


P/S: Ngidam manggis dan mata kucing nih. Sabor-sabor.

14 comments:

mirachantek said...

arrgg ini semua yang boleh buat aku semput.
tapi.. pantang jumpa..

Anonymous said...

hohohohoh mata kuicng sedap bila sejuk dalam peti ais.......

citahrudin said...

WOI..WOI...NI KIRA X ACI NIH

Ju Asu Ra said...

mira:: perghh...best wa cakap lu..

anon:: hohoho..kamu buat aku terliur...ssluurrrpp..

citah:: hahahahaha...sila jeles..=P

frwls said...

cantek jugak kalau send kat ofis aku.hehe

yg_indah said...

aku pun nak ikut gi dusun ko gak la.

Shukri Mohd Ali said...

manggis baru je hijau...haiya. mengidam buah-buahan tempatan.

Ju Asu Ra said...

caki:: ehh..bile masa plak aku amik delivery order nih? hehe

yg indah:: ada bran ke? =P

shukri:: sokonglah barangan buatan Malaysia..haha

Firol said...

usah dipeduli jue..tapi gua peduli betul tengok rambutan..perghhhh sodapnyo

Ju Asu Ra said...

firol:: hoho..memang sodap..tu baru pokok depan umah je, belom masuk lagi pokok-pokok yg lain..perghhh!!

mcjust.lol said...

ahahahah aku ingat ape la yang suspen sgt, rupe2nya pergi berjuang demi rambutan!

*nak rambutan sikit, durian pon sodaap tu! :D

Ju Asu Ra said...

mcjust:: beli kat pasar lagi senang dari kait...sakit tengkuk woh..

Kuwe said...

bagus. semangat buah macam ni yang kita mahu.

Ju Asu Ra said...

kuwe:: haha..mau join kah?