Papan Iklan

Friday, October 1, 2010

Sepetang Di Pasar Malam


Brader yang berambut kaler oren kekuning-kuningan di tengah-tengah kepalanya begitu tertib membungkus lauk-lauk yang aku mintak. Tak banyak pun. Nasi putih dengan gulai kepak ayam dan sedikit acar. Juga sebungkus nasi kerabu berserta sedikit daging goreng dan separuh telur asin. Eh! Nasi kerabu tu aku tolong tapaukan untuk budak rumah aku. Jangan salah paham. Okeh!

Sambil tangan dia ligat mencedok dan membungkus lauk-lauk tersebut. Sambil tu jugak mulutnya tak henti-henti bersembang dengan aku. Macam-macam pesen soalan yang ditanya. Termasuklah.

"Err....kahwin doh dok lagi?" Dia bertanya dengan slang Kelate yang bercampur Terengganu dan juga KL. Dan aku hanya menggeleng-gelengkan kepala saja. Senyum.

"Kalo kahwin doh, tak dok maknenye nok mari beli nasi sini. Ni kes malas nok masok ler. Hehe..!!" Jawab aku spontan dan selamber.

"Betol doh tu," Sokongnya sambil tersengih-sengih.

Dan aku dapat diskaun 50 sen dari hasil sesi temu-bual dengannya. Sebelum aku blah, dia sempat berpesan.

"Marilah beli lagi sini!"


"Ye lah. Minggu depan ler pulok!!"

Haih! Nampaknya, khidmat aku benar-benar diperlukan oleh para peniaga pasar malam untuk menjana ekonomi dan pendapatan mereka.

13 comments:

mcjust.lol said...

khidmat orang-orang busy(sebenarnya malas masak!) seperti kami ini amat diperlukan....

untuk memajukan perniagaan peniaga pasar malam.

Peminat Katie Holmes said...

sebab kau kata belum kahwin je.
cuba jawab, dah kahwin dan ada anak satu.

frwls said...

erm...aku nak diskaun gak....huhu

fatt said...

pasni kompem dia mengayat ko..hehehe

Ju Asu Ra said...

mekjah: keh3..yezzaaaaa....betol doh tu..

peminat katie: errr...tak baik tipu..haha

caki: haha..ko kena jadi ramah-tamah dgn makcik2 kat pasar mlm, mana tau ko pun dpt diskaun jugak..

fatt: pastu tobat aku x beli dah kat gerai dia..hahahaha!!

Firol said...

jaga-jaga pasni dia mesti tunggu

alien said...

kupon ke voucher ke xdok ke
malas la nak conversation2 ni
hahaha

h a n i e said...

hahaha pasni cer mintak lauk extra pulak..kompom dpt..
strategi tu..

hahahaha

Is said...

kate jer la malas masak takpun memang tak reti masak..hehe

yg_indah said...

kita nantikan cerita dating dgn abg rmbut kuning mggu dpn. hahahah

Ju Asu Ra said...

firol: tunggulah..aku pedulik ape..haha

alien: ko ingat dia jual kat supermarket nak pakai kupon? hahahaha

kak cho: ari tu pun dah dpt.murah rezeki..hehe

is: errrr..anu..anu..errr....

yg indah: mggu depan aku dating ngan org lain plak..hahhaha..

alhariesz said...

khidmat ye...

nape bunyi sesi interbiu itu cam nak mengorat??

Ju Asu Ra said...

tok: errrrrr.....ntah..xtau..lalala