Papan Iklan

Monday, November 29, 2010

Sesi Bercakap Dengan Lelaki Kacak


Lelaki kacak itu berjalan ke arah aku. Menghampiri meja aku. Dan duduk di meja belakang tempat aku yang sememangnya kosong. Kerana tuan meja tersebut bercuti lama. Lelaki kacak itu menegur aku. Senyum. Aku yang cuba untuk fokus menyiapkan keje aku sememangnya tidak fokus dengan keje aku. Paham? Errrrr....kalau tak paham sudah. Lelaki kacak itu mula berbual-bual dengan aku. Sikit-sikit soalan yang ditanya. Makin lama makin banyak pulak yang dijawab oleh aku. Dan kami bersembang macam member lama. Aku heran. Kuasa apalah agaknya yang lelaki kacak ini guna sehingga aku tanpa segan-silu bercerita dengannya panjang lebar? Giler betul!!!

Tiba-tiba, aku boleh berlagak sangat sopan dalam sekelip mata.
Tiba-tiba, jantung aku berdebar-debar tak tentu hala.
Tiba-tiba, ketiak aku mula berpeluh-peluh walaupun hujan lebat masa tuh.
Tiba-tiba, jari-jemari kecil aku mula menggigil-gigil halus (ni sebab ekon opis terlampau sejuk dan di tambah pula dengan hujan yang lebat).

Fuh! Magik betul. Sesi bercakap dengan lelaki kacak itu bikin hilang rockers aku. Suara kasar aku langsung tak berbunyi selepas tu. Aku tenggelam dengan suasana tersebut. Dan lelaki kacak itu masih berada di meja belakang aku. Meneruskan kerjanya.

Senyap.


Sekali-sekala cuci mata masa keje best jugak. Hilang stress aku. Kehkehkeh!! =P

8 comments:

citahrudin said...

hoho..ape kh?

citahrudin said...

hoho..ape kh?

citahrudin said...

cett..gila kuasa sungguh post smpi 2x

nil said...

dgn lelaki kacak, jauhkan diri.
x kacak, jauhkan diri gak.

mereka boleh buat hidup x tenteram..

Ju Asu Ra said...

citah ~ sesi mencuci mata..kehkehkeh..

nil ~ usha je lah..xpayah dekat2 dgn dorang..bahaya..isk!

fatt said...

suka dlm diam ni kdg2 bikin serba x kena..

tp, apapun..aku takut pd lelaki kacak sbb rasa terancam. huhu~

h a n i e said...

sebab dia kacak..cer muka dia mcm pecah rumah..kompom ko tak mandang..kan koq kannnnn


hahahahah!

Ju Asu Ra said...

fatt ~ kehkehkeh..suka tengok jer...dah depan mata tengok je laaa...(perangai xleh blah)..haha

kak cho ~ haha..dah dia duk depan aku..tgk je laaa....hahahaha..