Papan Iklan

Wednesday, September 21, 2011

Sakit Tekak


Dah dua hari gua sakit tekak. Batuk sikit-sikit. Azab jugak bila telan liur. Apatah lagi masa makan. Tapi, gua masih steady. Tengahari tadi gua telan nasi berlaukan ayam goreng, kuah rendang dan sayur taugeh. Untuk dinner, gua dah tapau paprik ayam siap-siap lepas balik keje tadi. Hujung minggu ni, gua plan nak makan masak lemak cili api kat kampung. Tak lupa jugak open house member-member dengan menu yang boleh tahan sedap sehingga menyandar kekenyangan.

Dan, gua abaikan nasihat doktor petang tadi.

"Minum air banyak-banyak. Jangan makan pedas!!!"

Eh. Tak berdosakan gua tak ikut cakap doktor? Ubatkan ada. Ye dok?

6 comments:

Wadi AR said...

minum ajelah koq. lu ni.

Shukri Mohd Ali said...

minum asam masin. eh asam jawa.

alien said...

betul cakap shukri tu, minum air asam jawa.. yg buat sendri lagi pehhh efek dia.

aziekz said...

rugi klu tak makan,,makanan fav kte,,,


tp jnji makan berpada2..:)

ORLANDO AHMAD said...

x yah pantang2... orang beranak je pantang2 ni

KoQ said...

wadi ~ wa mmg minum byk air, bab mkanan tu mmg wa xleh pantang..haha

shukri & alien ~ baiklah..(kalo rajin..hehe)

aziekz ~ huhuhu..xboleh tak makan. sedap tuh..haha

orlando ~ ahh...gua mmg setuju. nak like laa mcm dlm fesbuk..haha