4 tahun lepas, ayam serama mak ada lebih kurang 4 ekor. Tahun lepas ada 2 ekor. Dan tahun ni tinggal sekor. Mana pegi yang lain? Jangan tanya aku. Aku syak mati kena bunuh dengan musang. Tak pun lari dari rumah.
Ayam serama mak yang masih di bawah jagaan beliau adalah seekor ayam serama jantan. Pagi-pagi lebih kurang pukul 9.30, kalau tak bagi makan lagi, dia akan berkokok macam ayam gila mintak nasi. Lepas tu merayap pegi mengorat ayam jiran-jiran sebelah rumah. Bila dah masuk maghrib, dia akan bertenggek kat atas rak kasut lama. Itulah tempat dia beristirehat dan tido.
Kakak aku suka kacau dia bila dia duk rileks kat atas rak kasut lama tuh. Sebabnya, bila dia start bertenggek, mulalah nyamuk-nyamuk mengambil kesempatan untuk menghisap darah dia. Macam drakula la pulak. Bukan sekor dua, tapi berpuluh-puluh ekor. Jadi, kakak aku dengan rela hatinya akan bertepuk-tampar ayam tersebut untuk menghalau nyamuk-nyamuk yang kekenyangan dek menghisap darahnya.
Dan, tabiat kakak aku ni, telah berjangkit dengan aku pulak. Setiap setengah jam, mesti nak pegi tengok ayam serama nan sekor nih. Bukannya apa, aku kesian dengan dia. Bukannya ada tangan nak garu bila gatal. Lagi pun, aku tak mau dia kena demam denggi je sebenarnya. Hehehe...=P
P/S: Kalau ayam ni boleh bercakap, aku syak aku dan kakak aku dah kena maki kaw-kaw dengan dia sebab asyik kacau dia tido. Hahaha...
13 comments:
muahaha
tetiba ada tangan garu bdn ayam tu tak ke bala
xpe, ayam ada antibody hindar deman denggi
bukankosong ~ tau tak pe, dan bayangkan kalo ayam tu boleh bercakap, mau esok kiamat. huhuhu.. eh, ayam memang ada antibodi demam denggi ke?
sayang betul ke ayam serama tu . jaga-jaga mana tau dia bercakap btl nanti .keh3
miss klanika ~ haruslah, dia sekor je yg hidup lagi kat rumah nih. hehehe...
kawen lah weh. kronik sgt #foreveralone hang nih.
wakakakakakakaka!!
okbai
Ayam serama tak takut orang ek?
kak cho ~ ahh. lu nih. wa nak kawin dgn sapa woi? sila cari jodoh untuk wa. hehe.
adam ~ ayam serama rumah saya tak takut orang sangat. biasa-biasa je lagaknya.
oh begitu. Setahu saya ayam yang tak takut orang biasanya dah kat atas chopping board. Siap sedia untuk dilumur dan digoreng.
adam ~ ayam yang itu memang dah tak ada perasaan. hehehe
owh~~
adam ~ jgn sedih-sedih, jom makan ayam kepsi.
tak sedih. cume terasa selama ni ditipu. haha.
adam ~ aku kasihankan kau. haha
Post a Comment