Papan Iklan

Tuesday, August 18, 2009

Kalau Dah Namanya Perempuan

Perempuan sinonim dengan tupperware, pinggan, mangkuk dan sewaktu dengannya. Tengok sajalah suri rumah dan juga ibu-ibu kita. Memang tidak dinafikan, aku juga tidak dapat lari dari kenyataan ini walaupun aku bukan seorang wanita melayu terakhir. Contohnya, aku sangat suka beli ubat gigi jenama Fresh & White yang besar sebab dapat percuma pinggan atau mangkuk yang cantik-cantik walaupun stok ubat gigi aku masih banyak. Bukan sebab aku tamak tapi terpengaruh dengan iklan di tv. Kesimpulannya, aku tidak payah membeli pinggan banyak-banyak kerana aku sudah boleh buat koleksi dari setiap barangan percuma tersebut. Jimat bukan?

6 comments:

puding roti said...

wahuu!! kita pun sm. seronok kumpul mangkuk atau mug atau pinggan atau senduk free. smbl mkn dlm mangkuk percuma, terkenang ubat gigi atau sabun atau tepung jagung yang dibeli.baik hati sungguh tuan punya syarikat pembuat barang-barang itu kerana telah memberikan pinggan, mangkuk, senduk percuma.mememe

hafizi hj.zainal said...

exotic kesukaan ko nie....
t buleh bukak kdi ubat gigi...
udah stok byk sgt...

Firol said...

setuju 2 dalam 1...kena yg ada percuma cawan pun beli...

ALiE said...

ehh sama la..
mmg x leh dipisahkan dengan brg percuma ni..
mmg maniac r...
maggi percuma 1 pun sanggup beli even perisa x best..
sebab free...

mugiwara said...

dulu masa kecik, aku ske beli jajan/cikedis yang ada mainan free...kau pun tau apa dia.
hihi.
sebab takyah nak tadah telinga ngan mak abah bila nak mainan baru.
kira macam 2 dalam 1.
baguskan barang2 free ni?
kadang2 bleh mngaburi rasionaliti.

Kejora Yg Malap said...

Pudingroti
~ mari ucapkan arigatogozaimas pada mereka..hehe

Hafizi
~ aku jual pada kamu, nak beli? haha

Firol
~ betol tu..kualiti pun ok jugak

Alie
~ sape xnak barang percum, kan?

Mugiwara
~ sgt bagus sbb byk pihak yg untung