Papan Iklan

Tuesday, December 21, 2010

What U Give U Get Back, Bebeh!

Kelmarin.
Bukan main kencang lu dok mengutuk merata-rata.
Tak ingat dunia. Tak ingat dosa. Tak ingat pahala.
Lu je yang betul. Lu je yang hebat. Lu je yang juara.
Mulut memang peseng puaka yang tak terjaga.
Sapa-sapa yang terkena memang bikin hati terluka.
Tak pasal-pasal kena sumpah celaka.
Hah! Bikin jiwa panas membara.

Hari ini.
Giliran lu pulak yang jadi bahan.
Dah kena kat batang hidung sendiri barulah terguris perasaan.
Mula lah cari back-up buat team sokongan.
Mintak simpati buat-buat muka kesian.
Jalan pun dah tak tengok kiri-kanan.
Apa? Mintak tolong ringankan beban?
Aaaahhh! Lantak lu lah, malas gua nak layan.

Esok-esok.
Kang ada yang buat perangai lagi.
Gua nak sound begini.

"Sekolah dah bertingkat-tingkat, tapi bodoh berlapis-lapis,"

Drama sinetron pun ada siri tamat.
Lu orang bila nak taubat?

4 comments:

Kuwe said...

tu orang kata. nak kata kena berkias. tapi bila orang lain pulak berkias, jangan pulak nak terasa.

dua dua makan lada, dua dua kena lah rasa pedas.

gua pun kena bertaubat ni.

theblabber. said...

lu tepuk tangan tak masa dia terkena tu? haha

Heidi Shafiq said...

hoh?

Ju Asu Ra said...

kuwe ~ bagus..hehe

theblabber. ~ gua gelak jahat...hahaha

heidi ~ hah?