Papan Iklan

Wednesday, June 22, 2011

Biarlah Gua Bikin Apa Yang Gua Suka


Ini bukan kisah drama melayu mahupun lawak jenaka.
Tapi masih melibatkan hal ehwal dunia.
Tiada kaitan pun antara lu, gua dan dia.
Hanya memperjudikan masa depan gua je.
Lu jangan buat muka serius brader.
Gua nak cerita sikit saja.
Dah. Duduk diam-diam. Baca.
Lepas tu jangan buat tak reti nak komen pula ye.

Al-kisahnya. Gua nekad nak berhenti kerja.
Eh! Bukan sekarang lagi setahun dua.
Gua dah penat dengan rutin biasa.
Hari-hari kerja. Kerja. Kerja. Kerja.
Sampai badan pun dah jadi separa meja.
Gua nak rilek-rilek dan rehat puas-puas pula.
Rancang nak pergi melancong dan mengembara.
Kasi jiwa tenang dan minda terbuka seadanya.

Gua cuma nak bawa diri yang lara. Eh! Lagha.
Bukannya gua terpengaruh dengan sesiapa.
Lagi pun gua nak capai impian gua semata-mata.
Tak salah rasanya kalau cara ini buat gua bahagia.
Risiko? Bab tu memang gua tak akan lupa.
Yang penting back up plan mesti kena ada.
Harap-harap rezeki gua dipermudahkan olehNya.
Untuk gua realisasikan rancangan gila gua.

Hah! Jangan tanya kenapa dan mengapa?.
Gua sendiri tak ada sebab kukuh yang sebenarnya.
Tak usahlah lu nak pening-pening kepala.
Satu hari nanti lu akan tahu juga jawapannya.
Gua tak kisah orang nak cakap apa.
Janji gua bahagia dengan cara hidup gua.
Berikan gua sedikit peluang dan masa.
Dan biarlah gua bikin apa yang gua suka.

Hah! Kak Cho. Ada nak tambah mende? Yang penting usaha, doa dan tawakal jangan di lupa. Ye dok?

Mode: Gua serius ni.

10 comments:

hanie said...

bila hidup dah jadi super selesa
rasa jemu, meluat pun ada
hidup ni bukan nak relak2 saja
luas dunia tak abeh teroka
apa salahnya berehat setahun dua
kot jadi manusia semula
kenal balik susah derita
baru la kaki sentiasa pijak bumi yang nyata
paling koman ada cerita
nak bagitau anak cucu bila dah tua
kot panjang usia laaa...

kehkehkeh..

yeah..usaha, doa, dan tawakal.. InsyaAllah..

KoQ said...

terbaiklah kak cho..

hahahhaha...

Firol said...

perghhh dasat le kome...nak kembara lagi ke

beautiful_rose said...

berubah angin.....

frwls said...

aku tengah kumpul duit nak tour europe. sebelum tu nak tour china.


wooohhaaaaaa!

Jerry Ghazali said...

perghhhh. kagum..kagum..

citahrudin said...

wow!

yg_indah said...

buat la apa saja.kang kalau TERkahwin dah susah nak buat apa dah

Fyqa said...

stdy pon bosan. err

KoQ said...

haha. mari kita hargai hidup yg indah ini..