Papan Iklan

Wednesday, June 8, 2011

Memori Di Tepi Laut Cina Selatan

Gambor sehari selepas Final Exam. Kidnap dari FB member gua.

Memandangkan tempat gua belajar hidup dulu di tepi pantai, boleh di katakan dalam seminggu, kerap jugaklah gua and the geng beriadah di sini sambil menikmati pisang goreng dan keropok lekor di sertakan dengan kesejukan air batu campur. Selain niat mencuci mata sekali. Dan ditemani oleh tiupan angin bayu Laut Cina Selatan yang lembut dan damai.

Ah! Gua memang rindu zaman nih. Zaman huru-hara. Walaupun assignment berlambak-lambak, tapi masih steady lagi lepak di tepi pantai secara berjemaah dan bergembira dengan petikan gitar yang sumbang.

Gua rindu nak berjogging setiap pagi ke sini. Gua rindu dengan lambaian pokok paya bakau di belakang asrama. Dan gua rindu dengan assignment gila dari Lecturer gua. Ada ke patut dia suruh kitorang lukis gambar barge (tongkang) di atas kertas A4 dan warnakan guna crayon sahaja? Tak pasal-pasal kedai alat tulis area situ kehabisan crayon. Ok. Gua tipu bab crayon habis tu. Dan zaman ini jugaklah, buat gua kenal. Mana satu kawan. Mana satu lawan.

7 comments:

nizamsani said...

wo.main teng-teng tepi pantai.

Sang Harima said...

UiTM Chendering? Kehkehkeh.

MOFASAD said...

port klang kan port sesuai gak

frwls said...

betul. aku rindu Balok dan TC...........................................................................................................

beautiful_rose said...

mana tempat ni?

KoQ said...

nizam ~ baru old skool..

rima ~ sejak bila chendering ada uitm?..

farid ~ port klang xbest..

caki ~ aku paham beb..

rose ~ pantai tok jembal..

bstenterprise said...

promosi print assigment anda dengan harga rm 0.10 dengan dakwat berkualiti tinggi(kalis air)... disimpang 4 chendering...