Papan Iklan

Wednesday, July 4, 2012

Biar Sampai Ke Langit


Di atas buaian itu.

Aku hayun buai laju-laju. Terasa angin deras menderu ke pipi dan muka. Aku rasa bebas. Rasa seronok. Rasa seperti mahu terbang tinggi-tinggi. Aku toleh ke buaian sebelah. Tapi. Ia statik. Kosong. Dan aku hayun buai laju-laju lagi biar sampai ke langit.

Aku koyakkan plastik aiskrim solero dengan penuh cermat. Takut jatuh atau patah. Aku gigit sedikit. Manis. Sedap. Sejuk. Aku habiskan cepat-cepat. Nanti lama-lama jadi cair. Mata terpejam. Aku ketap gigi. Brain freezing. Aku buka mata. Aku toleh ke buaian sebelah. Kosong. Dan aku hayun buai laju-laju lagi biar sampai ke langit.

Aku merenung sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain basikal. Seronok tengok mereka. Tiba-tiba terasa seperti kocek jeans ku bergetar. Aku keluarkan telefon. Tapi. Tiada bunyi. Tiada sms. Aku toleh ke buaian sebelah. Kosong. Aku simpan balik telefon. Dan aku hayun buai laju-laju lagi biar sampai ke langit.

Aku menangis pelan-pelan. Aku kesat air mata cepat-cepat. Malulah kalau ada orang tengok. Sakit jatuh tadi masih terasa. Tiba-tiba aku dengar ada bunyi derapan kaki. Aku rasa macam ada orang sentuh bahu aku. Lembut. Kemudian, perlahan-lahan dia usap kepala aku. Aku dongak. Tapi. Tak ada orang pun. Kosong. Aku toleh ke buaian sebelah. Dan aku hayun buai laju-laju lagi biar sampai ke langit.

Oh! Ya! Aku nak hayun buai laju-laju nih. Tapi buaian di sebelah masih kosong. Ada siapa-siapa yang sudi temankan aku? Biar kita sama-sama sampai ke langit macam burung-burung yang terbang tinggi tu. Nak?  

1 comment:

Anonymous said...

hai cik juju.. sht? lame xdgr kbr..