Papan Iklan

Monday, January 11, 2010

Lu Pikirlah Sendiri

Melayu Mudah Lupa..
Tak caya, baca laa....

Dulu. Masa kamu senang.
Kamu makan kawan.
Cakap belakang pung-pang-pung-pang.
Hentam kiri kanan.
Mengutuk dan mengumpat buat mainan.
Tapi. Bila kamu susah.
Kawan itulah yang dicari minta bantuan.
Buat muka kesian.
Apa? Ingat kawan tak ada perasaan?
Boleh jalan..

Dulu. Masa kamu bercinta.
Asyik berkepit dengan si dia.
Berjanji mahu hidup bahagia.
Hingga ke pintu syurga.
Mak bapak tegur siap tarik muka.
Tapi. Bila kamu dah ternoda.
Si dia blah macam tu je.
Kecewa bersarang di dada.
Baru tahu erti derita.
Menangis air mata darah dah tak guna.
Tinggallah kamu berbadan dua.
Mana nak letak muka?
Jangan tambah dosa yang sedia ada.
Sendiri buat, sendiri settle..

Dulu. Masa kamu kaya.
Mana nak ingat Tuhan.
Berjoli sakan siang malam.
Perempuan keliling pinggang.
Halal haram main hentam.
Perangai macam setan bertanduk lapan.
Tapi. Bila kamu papa kedana.
Masa ini lah nak ingat Tuhan.
Menggelabah cari sejadah dan Al-Quran.
Meraung dan menyesal minta keampunan.
Harap-harap perangai lama tak diulang.
Kalau tak insaf juga ada harapan nak kena terajang masuk longkang.

Yang baik jadikan tauladan.
Yang buruk jadikan sempadan.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

10 comments:

hanie said...

aku suka entry nih!

Mak Su said...

beringat-ingatlah wahai handai-taulan, sebelum terlambat

nice :)

afendi ariff said...

wa..mcm ustazah bahiyah!
anda buat anda dapat....

Selamber Rock said...

hanie:: mekaceh...=)

mak su:: sama2 beringat mak su..hehe

affendi:: hahaha...utk sama2 beringat..

Firol said...

hooooooooo....menarik2...

Frodo Baggins said...

entry tobaikkkk dari ladang
insafff lah wahai kucing!!!
jgn dijolok lubang tikus
kank ko yg termakan racun tikos

>._____.<


p/s: ko tgh menyentap ke ni? kekekeke

Yuki Yusuf said...

sama2 kita beramal
hehe

(>.<)

Selamber Rock said...

firol:: hehe...

frodo:: penuh makna komen kamu..ada yg tersentap ke? huhuhu...

koyuki:: jom2..(^.^)

Z@yBlUrR... said...

wahh best2...btul2...igt mengingati amlan mulia..:)

Selamber Rock said...

z@yblur:: betul2..meh kita saling ingat-mengingati...