Papan Iklan

Monday, March 21, 2011

Budaya Pemandu Di Malaysia


1. Kereta besar. Mahal. Tapi tak reti nak guna signal. Sesuka hati mak-bapak-dia-je main belok dan cilok.

2. Duduk di lane kanan. Tapi bawa 60km/jam. Apa kes?

3. Lepas potong kereta/kenderaan lain mesti usha kereta/kenderaan tersebut dengan muka ketat.

4. Manners tahap zero. Tak reti nak repect pada pemandu lain yang dah beri laluan.

5. Main cilok dan potong line bila kat traffic light. Macam dia sorang je yang nak cepat. Saborlah woi.

6. Dah tau touch n go dah tak de kredit, yang ngada-ngada nak touch jugak kenapa?

7. Jenis yang suka pasang lampu tinggi bila malam. Silau. Sakit mata. Paham?

8. Dah la ikut rapat. Main cucuk-cucuk pulak. Tak pasal-pasal jadi kes cium-mencium kereta masing-masing. Haru betul.


Sekian saja entri gua untuk hari ini. Jumpa lagi. Terima kasih.

6 comments:

frwls said...

best apa main langgar-langgar sebab tak reti bagi signal

Shukri Mohd Ali said...

suka mencarut. teetttt!!!

h a n i e said...

kat hiway kemain samseng...panjat bukit mcm siput..kahkahkah...

ateekaamer said...

jenis yang bawak kemain slow. sekali usha rupanya tengah kapel tengah bermesra dalam kereta. maki hamun je.

nizamsani said...

campak lampin ke luar tingkap.

Ju Asu Ra said...

hohoho..byk betl tabiat buruk pemandu mesia ni, kan?