Papan Iklan

Tuesday, March 15, 2011

Dulu-Dulu Dan Sekarang

Dulu-dulu la.
Masa zaman kanak-kanak ribena.
Rasa tak sabar-sabar nak jadi remaja.
Kononnya mahu meneroka dunia.
Dan boleh buat pelbagai macam perkara.

Dulu-dulu lagi.
Ketika zaman anak dara sunti.
Hati tak sabar-sabar nak belajar tinggi-tinggi.
Kalau boleh nak buat PHD sampai ke oversea.
Angan-angan setinggi KLCC tapi malas belajar berguni-guni.

Dulu-dulu la jugak.
Waktu jadi mahasiswa universiti.
Kepala asyik pikir nak cepat-cepat habiskan study.
Mahu cari kerja bergaji tinggi.
Boleh enjoy sesuka hati.

Tapi. Sekarang.
Bila dah dewasa.
Dah ada kerja.
Dah boleh berdikari.
Mulalah buat perangai tak sedar diri.

"Bestnya kalau boleh jadi budak-budak balik. Tak ada hutang. Tak ada masalah. Dan tak ada komitmen, kan?"

Haih! Manusia (errr...aku lah di antaranya) memang tak puas dengan apa yang ada, kan?

4 comments:

citahrudin said...

ok..aku pun sama!

yg_indah said...

nanti bila dah tua terkenangkan zaman muda,badan sihat dll.:)

Shukri Mohd Ali said...

sama jugak saya =___="

Ju Asu Ra said...

haha...manusia mmg xpernah puas, kan?