Papan Iklan

Monday, March 7, 2011

Hidup Tak Seindah Macam Drama Korea


Bagi seorang peminat atau dengan kata lain hantu drama korea (aku la tuh), menonton drama korea memang mengasyikkan (atau dengan kata lain lagha). Suka betul tengok pelakon-pelakonnya yang cute, comel, lawa, kacak dan hensem (atau jambu?). Apa nak kisah? Sekarangkan musim K-Pop meneraja dunia hiburan.

Dari dulu aku perasan, kebanyakkannya mempunyai jalan cerita yang agak sama. Heroin tak lawa. Bodoh pulak tuh. Bertemu dengan hero yang kacak. Lagi bijaksana. Di awal perkenalan memang tak ngam. Asyik nak gaduh je. Tapi, lama-lama, rasa benci bertukar sayang. Ada pihak ketiga dan keempat yang tak puas hati. Macam-macam kaedah yang digunakan untuk pisahkan Romeo dan Juliet nih. Tapi, mereka tetap maintain jalani pelbagai konflik dan dugaan hidup bersama-sama. Klimaks. Macam biasa la. Happy ending. Tak sah kalau tak kahwin dah hidup bahagia. Jarang benar salah seorang dari hero atau heroinnya mati. Tak pun memang tak berjodoh. Maunya drama diorang tak laku. Ye dok?

Dan. Biasanya, drama peseng kelakar-romantik-giler-giler macam nih memang mudah dapat sambutan. Yang tukang tengoknya pun memang tak ingat dunia realiti dah. Dalam kepala macam-macam imaginasi dan fantasi yang diangankan (errrr...ok. Aku pun sama. Koya). Aaaahh..dah namanya hantu drama, mestilah kena feel lebih. Hahaha..

Hakikatnya. Itulah drama. Bukan realiti hidup. Nak buat drama, kena ada pengarah. Dan pengarah tu pulak memang peseng sesuka-hati-dia je nak mengarah macam mana. Pengarah drama pun manusia biasa jugak. Semua ending mestilah mau yang happy-happy punya. Kalau tak, mau tak masuk carta.

Tapi. Kita kena ingat. Kita pun hidup dalam drama jugak. Dunia ini adalah pentas lakonan sementara. Setiap pelakon mempunyai watak yang berlainan. Ending yang berlainan. Dan, 'ganjaran' yang berlainan. Semuanya telah ditentukan oleh 'Pengarah Yang Satu'. Yang kekal selama-lamanya. Harap-harap watak dan drama yang kita jayakan ini berakhir hingga ke Syurga. Insya-Allah.


11 comments:

fatt said...

insaf. tazkirah sblm tido ke ni koq? :)

nasyrun nasyrun said...

dlm drama korea juga watak jahat msti lg lawa dari heroin. emm apakah sebab musababnya ye

Shukri Mohd Ali said...

tak suka drama korea dan jepun. apakah yang membuat gadis2 di luar sana habiskan duit beli dia punya DVD ha??? padahal plot sama je kot tiap2 drama. haih...

h a n i e said...

ye laaa..tgh gile tgk playful kiss kannn...

ᄏᄏᄏᄏ :P

beautiful_rose said...

drama kehidupan selalunya tak sama dengan drama khayalan...



~sigh~

alien said...

lemah aku dgr perkataan drama korea n jepun
aaa~
buhsan~

yg_indah said...

aku penah tgok cerita "my sassy girl" ja

ateekaamer said...

aku anti sebenornya citer mata sepet ni. hikhik.

cter korea ngan mulayu sepesen jah.

Yaya said...

hurm awl cite.. terdetik dlm ht cm ade btol apa yg kamu katakan.. tp biler di akhir kata.. wow mmg btol la apa yg kamu katakn.. corak drama versi sendiri... hurm menarik!

Peminat Katie Holmes said...

Amin ;P

mr.kordes said...

u nye book dh reviewed..jgn mare...