Papan Iklan

Saturday, August 6, 2011

Sabar Itu Sebahagian Dari Iman


Brader Hasan masuk. Mukanya tegang. Gua. Macam biasa. Buat bodo dengan kehadirannya. Member-member lain pun sama. Malas nak layan kepala angin beliau.

Telepon berbunyi. Bos gua sibuk berdiskusi dengan pemanggil. Cong-ceng-cong-ceng.

"Gas untuk S.Mariner ada arranged?" tanya Ms LNC, bos gua.

"Ada. Sudah letak kat belakang," Kakak meja sebelah gua jawab.

"Dah naik lori Hasan," Sampuk gua.

"Hasan! bila mau pergi S.Mariner?" Ms LNC mula kalut. Kapal dijangka berthing pada 1400hrs.

"Nanti saya pegilah. Banyak kapal mau pergi nih. Itu, Gan punya barang pun mau naik juga, mana mau turun tong, store lagi, bla..bla..bla..blaa....!!! Brader Hasan mula membebel. Part ni, memang kitorang tak suka. Bebelannya tak ade kena-mengena dengan soalan yang ditanya.

"Aiyakkk! Saya tanya saja," Ms LNC cuba mencoolkan Hasan.

"Sapa tanya pasal gas S.Mariner?" tanya Brader Hasan.

"Mr. SS lah," Jawab Ms LNC dengan acuh tak acuh.

"Itu orang tua aaa..banyak susah, semua kapal dia suruh saya pegi, bla..bla..bla..blaa..," Brader Hasan menyambung bebelannya. Kitorang buat-buat tak dengar.

"Saya tanya saja maa... Tak payah bebel banyak-banyak. Sabar-sabar. Sabar itu kan sebahagian dari iman. Hehehe..," Kata Ms LNC sambil tengok gua. Muka gua berubah. Terkejut dengan kata-kata beliau sebentar tadi. Beliau tersengih-sengih.

Brader Hasan terus keluar. Gua dan yang lain-lain bantai gelak guling-guling. Dalam diam gua pulak terasa malu. Orang cina pun tau pasal sabar dan iman. Kita orang Islam langsung tak praktikkan. Huhuhu!!

14 comments:

citahrudin said...

sentap! kah kah kah

Ateeka Amer said...

sentap jugakkk

nasyrun said...

brader hasan lapar.mlm tadi gaduh dgn bini so bini tak masak sahur

ORLANDO AHMAD said...

brader hasan mau rokok...

alien said...

kesian la brader hasan..
p cari org len suh anta

aziekz said...

hEe,,brader posa tu jd lagu tu,,

KoQ said...

citah & ateeka ~ yeahh, aku pun sama jugak time tuh..huhu

poknik n orlando ~ dia xcukup tido sebenarnya sbb mlm tu dia pegi 2-3 kapal anto brg..

alien ~ haha..dah keje dia mcm tu..

aziekz ~ haha..dia penat n tensen..

Nadia said...

hahaha

ORLANDO AHMAD said...

kesian beliau, adakah bersama beliau anak gadis? maksud gua ada anak gadis tak dia? kalo ade cakap gua kim salam, maybe hati beliau akan tenang, setenang cakcibor ni pinggir kali...

nasyrun said...

oh gua ingat dia gaduh dgn bini.

kalaulah serupa dgn jangkaan abang orlando, sampaikan salam gua sekali

KoQ said...

orlando & poknik ~ hahaha..beliau baru saja melangsungkan perkahwinan tahun lepas, dan masih belum dikurniakan cahaya mata lagi..hehe

KoQ said...

nadia ~ huhuhu....

nasyrun said...

oh [bayangkan aku buat muka kechewa]

KoQ said...

kahkahkahkah....