Papan Iklan

Friday, February 5, 2010

Sindrom Mental Block Dan Mati Kutu

Aku kesian betul dengan Kerajaan Malaysia yang bersungguh-sungguh berkempen untuk meningkatkan serta menanam minat suka membaca di kalangan rakyat Malaysia. Tapi kempen ini langsung tak diendahkan dan tak dilayan atau di ambil peduli oleh rakyat Malaysia sendiri. Sedih betul, kan?

Aku setuju dan sokong sangat kempen ini sebab aku memang suka membaca. Membaca itukan amalan yang mulia. Banyak ilmu dan pengetahuan yang kita dapat melalui membaca. Bak kata pepatah, membaca jambatan ilmu.

Apatah lagi banyak sumber-sumber yang senang dan murah yang boleh dijadikan bahan bacaan. Contohnya, walaupun sibuk dan banyak keje di opis, jangan jadikan alasan untuk tidak membaca. Bukannya setiap hari sibuk memanjang, ada juga masa-masa yang terluang. Masa rehat tengahari contohnya. Tak pun sebelum memulakan tugas. Masa inilah pentingnya penggunaan internet di opis. Baca berita ke, novel ke, blog ke atau bab Agama ke tak pun resipi ke. Dan mengikut pemerhatian aku, banyak sumber-sumber bacaan ini datangnya dari blogspot.

Dah tu, macam mana aku nak sahut kempen kerajaan supaya minat membaca kalau blogspot pun dah kena blok kat opis nih selain facebook dan fantasy football? Otak aku betul-betul dah tepu. Boleh kena sindrom mental blok dan mati kutu aku kat opis sekarang nih.

Haih! Kena beli laptop dan broadband cepat-cepat nih. Ada sapa-sapa nak temankan aku? Sila roger aku yek. Aku mintak tolong sangat-sangat nih.



~ Entri ini ditulis dari laptop housemate aku. Terima kasih Kak Wan kerana bagi Ajue pinjam laptop Kak Wan ~
~Buat masa sekarang aku dah tak boleh online blogspot di opis. Dan aku juga tak boleh komen entri kamu semua. Harap maklum ~
~ Dah berbakul-bakul makian dan sumpah-seranah yang dihamburkan oleh aku dek kerana blog dah kena blok. Makin bertambah beratlah belah kiri aku. Isk! ~

8 comments:

Firol said...

wahhhh..betul2...skrg masyarakat dah tak seperti dulu..minat membaca tu dah luntur macam pakai klorox...

jom ajak kawan-kawan membaca

farwalis said...

saya cuba, saya cuba untuk mengajak sahabat taulan ke arah membudayakan membaca ini

yg_indah said...

guna henset je la surf tnet

fndrocka said...

memang patut pun company block tu semua...huhu

MOFASAD said...

jom!!!!!!!

Selamber Rock said...

firol >> ye...mari membaca...

farwalis >> bagus..teruskan usaha murni kamu..hehe

yg indah >> hp 3310 bleh surf tenet ke? huhuhu..

fndrocka >> huhuhu..baik xyah ada tenet terus..ye x?

farid >> jom membaca..

ehh..apsal majoriti nama huruf F nih..hahahha..

nothing said...

hehe!!best blOg anda nih..cpt2 la beli laptOp+brdband!!jadi anda leh tulis entry2 bru iye!!!jgn maki2 dah..myb nak suh anda kuat2 bkerja la tuh~hehe ;p

Selamber Rock said...

cikmi
:: hehhee..nasihat anda ada betulnya..InsyaAllah akan ku beli dlm masa terdekat nih..