Papan Iklan

Sunday, February 14, 2010

Pelamin Anganku Musnah

Dari jauh. Aku tengok dia dan pasangannya bersanding di atas pelamin nan indah. Warna sedondon kuning diraja. Secocok. Sama cantik sama padan. Ibarat pinang dibelah dua. Dari jauh. Aku memerhati gelagatnya. Sungguh bahagia.

Sedikit api cemburu telah bercambah di dalam hati. Telah lama sebenarnya. Baranya telah wujud waktu dia memberi kad jemputan yang cantik dan wangi. Sejak hari itu, pelbagai soalan dan hasutan setan bermain di minda aku. Kenapa perempuan itu yang dipilihnya? Kenapa bukan aku? Apa kurangnya aku?

Di hari bahagianya, aku sendiri tidak tahu di mana kekuatan aku untuk hadir ke majlisnya. Rasa berbelah bahagi. Ada tolak, ada tambah juga darab. Jika diberi soalan kalkulus, tobat aku tak boleh selesaikan. Yang aku tahu, aku datang kerana mahu tengok dengan mata aku sendiri waktu dia bersanding di atas pelamin itu.

Dari jauh. Aku lihat seyumannya tidak lekang dari bibirnya. Tidak putus-putus dia berterima kasih kepada tetamu yang datang. Dan jari-jemarinya bertaut kemas dengan jari-jemari pasangannya. Aku cemburu. Lagi.

Perlahan-lahan dia menghampiri aku bersama insan yang telah bergelar isteri kepadanya. Memperkenalkan kami berdua. Aku diam. Dan hanya senyuman palsu yang mempu aku lemparkan padanya.

.

.

.

.

.

Oh Tuhan. Kenapa aku mimpi kawan aku kawin pulak nih? Boleh pulak aku cemburu dengan dia. Apa pesen mimpi la macam nih. Demmmmm....

17 comments:

Moon Death Spell said...

kau ni. la... ye ye o je aku bace sambil genggam penumbuk nak bagi kat jantan tu hehehehe...
rupanya2 mimpi

hanie said...

suke beno mimpi pelik2..

hahahahha!

Firol said...

hai J..apa cerita ni..mimpi yg bukan2

farwalis said...

berdasarkan firasat aku, kau akan diajak makan ke kenny rogers..



entahlah

citahrudin said...

aku mimpi basuh keyboard pakai sabun...hah?

buleh r kita jadi member persatuan pemimpi merepek sedunia

Kejora said...

moon::
Hahaha..jgn percaya sgt dgn intro entri aku...

hanie::
dah pesen aku mcm nih..huhuhu

firol::
hahaha..ntah ler..dah lama aku tak merapu dlm blog nih...tu yg bagi idea nak tulis entri pesen tuh..hahaha

farwalis::
aku dah pekena kenny rogers minggu lepas...huhuhu

citah::
hahahaha...aku syak kita nih spesis yg suka berangan yg bukan-bukan...jom tubuhkan kelab pemimpi pelik2 dan merepek..hehehee..

Koyuki said...

erk
tanak la mimpi macam ni..

huhu

cikmi said...

hahaha!!nice nye mimpi!!lawak2 ;p

Kejora said...

koyuki::
hehehe...bleh mtk mimpi ke?

cikmi::
nice? aku rasa mimpi tu wat aku jiwa kaco..huhu

cikmi said...

jiwa kacO eh??lawak gile if de mimpi cm2!!!haha

Kejora said...

cikmi::
hahahaha....seram la mimpi cam tu..uhuk!

Mohd Shahrul Hafizi said...

Kawan or ex?
Lalala.

Kejora said...

shahrul::
kawan..diulangi..kawan...

Mohd Shahrul Hafizi said...

Hehehe.
Mana lah tahu kan.
Malam ni nak mimpi apa plak? :P

Kejora said...

shahrul::
malam ni xtau lagi..igt nak rembat BMW sebijik..haha

alhariesz said...

ni mesti kecit2 slalu main pondok2 ngan kawan tuh nih...

(sekadar spekulasi)

muehehehehehe

Kejora said...

alhariesz::
haha..spekulasi kamu salah...