Papan Iklan

Sunday, February 14, 2010

Aku, Limau Dan Hamper


Department aku banyak dapat limau dan hamper dari supplier. Limau berkotak-kotak dan hamper bertingkat-tingkat. Best jugak. Semua jenis makanan ringan ada. Wiski pun ada. Tapi nasib baik bos aku dah rembat dulu awal-awal. Tapi, botol wiski tu memang cantik. Bentuk Eiffel Tower. Perghhh!!

Satu hari sebelum cuti raya cina, Mr. Gan (staff opis aku jugak) sibuk membahagi-bahagikan limau yang ada. Spesis limau manis, masam, kurang manis dan tawar pun ada. Lepas tu, dia adakan acara buka hamper pulak. Meriah betul la. Satu keje tak boleh jalan sebab semua orang sibuk mengadap hamper yang agak banyak tuh. Macam rupa sukaneka pun ada.

Sebelum satu hamper yang agak besar di buka. Aku dah usha apa yang aku berkenan. Besar. Cantik. Kaler merah. Aku dah cop dulu kat Mr. Gan. Masa Mr. Gan buka hamper tu, cepat-cepat aku bodek dia.

"Mr. Gan, saya tak mau makanan-makanan yang ada dalam hamper nih," Aku buat-buat muka comel di sebelah beliau. Tangannya ligat mengoyakkan plastik hamper.

"Lu mau apa?" Dia pelik dengan permintaan aku.

"Saya mau bakul merah tu je," Aku tunjukkan bakul merah yang berisi makanan-makanan dalam hamper tersebut.

Dan Mr. Gan gelakkan aku kaw-kaw. Kelakar ke aku mintak bakul merah tuh?

10 comments:

fndrocka said...

mau mangkuk?kalau aku pun gelakkan kau..sebab comel lah.ahha

Koyuki said...

yuki nak botol wiski tu

kehkehkeh

hans said...

hahahahhaa
aku amik limau sekotak

Kejora said...

fndrocka::
haha...kalo ada mangkuk aku pun mintak sbb bleh isi makanan..aku mintak baku tu sbb au nak isi buku2 dan komik2 aku yg bersepah2 kat umah..

koyuki::
aku sendiri pun xdapat..hajat dihati nak jugak..hahah

hans::
dah lebihan limau..nanti aku update pic..
hehehe

GhOsToNe said...

ahaks!

okeylew tue!

Kejora said...

ghostone::
hehehe..mmg ok sgt2...

Mohd Shahrul Hafizi said...

Hahaha.
Perempuan tetap perempuan.
:P

Kejora said...

shahrul::
ya..perempuan tetap perempuan..byk songeh..haha

Mohd Shahrul Hafizi said...

Bukan banyak songeh. Tapi pantang nampak bakul, benda percuma etc.
:P

Kejora said...

shahrul::
tau xper..sape xnak barang free??