Papan Iklan

Sunday, April 25, 2010

Parking Oh Parking!


Rumah sewa aku, tingkat 5, di Apartment C Kaler Hijau Kuning. Betul-betul berhadapan dengan surau. Sejuk je bila dengar azan berkumandang. Alhamdulillah.

Kami menyewa bertiga di Apartment C Kaler Hijau Kuning. Memang best tinggal sini. Nyaman. Tenang. Lebih-lebih lagi jiran yang berhadapan dengan rumah kami adalah budak-budak bujang yang juga menyewa. Memang rezeki kami buat modal cuci mata. Selain itu, warga asing pun hanya 5% je yang ada (anggaran aku je la). Syarat tambahan, kena ada kenderaan sendiri baru boleh bergerak bebas. Jangan harap bas nak lalu lalang macam Rapid KL area sini.

Apartment C Kaler Hijau Kuning. Guna konsep satu rumah, satu parking je. Hebat! Macam mana dengan rumah yang ada 2-3 bijik kereta? Mana mau parking? Dan, kami bertiga, mempunyai kereta sebijik seorang. Itu belum masuk rumah lain yang ada 5 bijik kereta untuk 1 rumah.

Penyelesaiannya. Satu. Sila parking di parking visitor. Tetapi, sangat terhad. Siapa cepat dia dapat. Setiap hari kena tulis borang dan hantar. Kalau tak dapat, mamposs!! Dua. sila parking di deretan kedai-kedai baru lebih kurang 500mtr-1000mtr dari kawasan apartment. Sungguh tak selamat. Siapa tak sayang kereta? Cuba cakap? Tiga. Sila jual kereta anda. Gilosss!! Empat. Sila pindah dari apartment tersebut.

Aku nak jumpa Bulma. Nak suruh dia reka kapsul kereta untuk aku dan housemate sekali. Senang. Tak payah nak berebut parking lagi. Simpan dalam beg je bila tak nak guna. Benci betul macam ni!!

19 comments:

Frodo Baggins said...

yeah doreamon datang bagi poket ajaib! terimalah ~~~~


hahahahha


>>___<<

Frodo Baggins said...

((Sambil hulur poket bentuk 3 segi serupa suar dalam! ))


NAH AMBIK ....

KeJoRa said...

frodo::
tenkiuu.....bleh simpan keta aku dlm poket doremon, kan? jimat parking..hahahaha...=P

Shukri Mohd Ali said...

bulma. harharhar. kalau dh jumpa nnti bgtau sy ek. nak pinjam radar cari dragon ball. lalala~

parking. bahaya wo kalau kereta jauh dari pandangan. sekarang ni orang macam2 cara nak wat jenayah.

h a n i e said...

frodo:
ko bg seluar dalam kau yeeee..


aku tak suka konsep apartment yg mcm tu. menyusahkan.

embun d tengah malam said...

lumrah la tu..kalau duk apartment ni..pakai moto jer lah..hoho

KeJoRa said...

shukri::
ye..apsal la Bulma duk jauh sgt kat jepun tuh? hehe..

aset tu, sapa xsyg kete, kan?

hanie::
memang menyusahkan, susah betol nak cari umah sewa kat sini..hmmm..

embun::
dulu pakai moto gak..tapi dah eksport kat adik...giler la kalo naik moto kat port klang nih..lori besau-besau...

mimizuzuhaha said...

Apartment ko takde lot utk sewa parking ke dah penuh?

jedi said...

Jual keta memang idea yang bagus...hahhaha

yg_indah said...

bawak keta naik dlm rumah le nnt kalau dh kecik

alhariesz said...

mmg masalah tipikal penduduk apartment...aku pun same....

tp kitorg guna sistem giliran....mggu ni aku pakai stiker parking dlm...mggu depan member sorg lagi plak... begitu la seterusnya sampai En. Jamil mampossss.... [bak kata Sarimah dlm Madu 3]

sampai stiker tu dah lunyai....kikikikiki :D

puding roti said...

sm awk. kami kena byr dkt rm50 sebulan utk parking aje. kad access rm80. kalo parking luar, hampir setiap hari kena saman ngan mbpj. tu lah, penyelesaiannya cepat kawen, pindah rumah. selesai. kui kui kui

KeJoRa said...

mimi::
parking utk disewa dah penuh dan priority pada owner rumah bkn yg menyewa..isk!

jedi::
hoho..penat2 kumpul duit pi pinang, pastu nak jual? xrela i tau..haha

yg indah::
hehe...kalau la kete tu bleh tukar jadi kecik, mmg dah bwk masuk umah dah..

alhariezs::
wah..harmoni sungguh...kesian sticker tuh...hehe

puding::
kawen adalah plan yg terakhir..tu pun kalau ada orang yg ajak kawen..kalau..huhu

zaradgreat said...

hehhehehhee
tak pun lipat2 kereta tuh masuk dalam beg
okeh jugak?

afendi ariff said...

pindah!

Firol said...

alang2 dah suruh bulma reka baik kapal terbang terus

KeJoRa said...

zaradgreat::
kalo bleh dah lama buat dah..kalau boleh laa....huhu..

afendi::
yup..tgh cari umah baru sekrg..

firol::
bijakss....=P

fndrocka said...

pakai awan terbang je

KeJoRa said...

fndrocka::
kalau ada org jual dah lama beli..hhuhuhu..xpayah isi myk, mentenan xde, rodtax n insurans xpayah bayor, kan?