Papan Iklan

Sunday, May 16, 2010

Di Bawah Pohon Ketapang Itu


Merujuk kepada gambar di atas (apasal aku rasa ayat macam buat karangan rumusan PMR je?). Itulah kelas aku masa darjah 6. Yang dinding kaler kuning dengan pintu kaler biru tu. Kelas budak-budak genius. Dulu, kelas tu sama kaler dengan kelas sebelah. Aku syak, diorang cat baru sebab nak bezakan kelas budak-budak genius dengan budak-budak normal yang lain. Aku syak je la.

Pagi-pagi sebelum loceng kelas berbunyi. Macam biasa, kami dikerah untuk mengutip daun-daun kering yang gugur. Juga sampah-sarap yang ada. Menjaga kebersihan adalah amalan yang mulia selain mengurangkan kerja pakcik-pakcik dan makcik-makcik cleaner.

Masa waktu rehat. Bawah pokok ketapang ni lah jadi port kami main kejar-kejar. Dulu ada jugak kerusi kayu yang panjang kat situ. Boleh jugak la duduk-duduk sambil makan keropok dan aiskrim yang dibeli kat kantin sekolah mahupun kat kedai sebelah. Sekarang dah tak de. Dah patah.

Bila waktu tengahari pulak. Agak-agak cuaca panas, cikgu kelas aku suka lepak bawah pokok tu dengan kami. Katanya belajar sambil hirup udara yang segar. Padahal, dalam kelas panas giler. Duduk bawah pokok tu best sebab berangin.

Petang-petang pulak, bila dah habis kelas tambahan. Selalu jugak la aku dan member-member lepak kat bawah pokok tu sambil tiru kerja sekolah. Macam la korang tak pernah buat, kan?

Dan, di bawah pohon ketapang ini jugak lah, dua pasangan kapel disandingkan oleh cikgu kelas aku. 4 buah kerusi diletakkan di situ dan mereka dikehendaki duduk ala-ala di atas pelamin dan menjadi tontonan kami. Motifnya. Jangan nak gatal-gatal mengorat. UPSR pun tak ambil lagi. Kesian. Tapi kelakar. Buat member-member aku yang pernah menjadi 'pengantin' tu, korang memang selamber (Sheda, Shahmi, Ijie dan Sikin).

Rindu nak balik ke zaman kanak-kanak ribena nih. Buat cikgu kelas aku masa darjah 6, terima kasih di atas segala-galanya kerana aku telah 'menjadi orang' walaupun aku bukannya budak genius. Selamat Hari Guru. Jasamu ku kenang sepanjang hayat.

~ Gambar tu aku amik masa balik kampung hari tuh ~

18 comments:

mirachantek said...

hehey, bab belajar bawah pokok tu memang superb la! apesal la cekgu aku tak buat camtu ye?

fndrocka said...

pokok tu ada penunggu..

zaradgreat said...

wah!
siap kena sanding2
hohoohoh

rindu wooo sekolah-sekolah dulu...

h a n i e said...

jadi sehubungan dengan itu, saya pun menulis komen yang berbunyi "zmn sekolah mmg ho liao!".

begitulah komen saya.

sekian.








HAHAHAHAHAHA!! :P

KeJoRa said...

mirachantek::
bestkan cikgu aku? sila jeles..hehe

fndrocka::
kami la penunggu pokok tu..haha

zaradgreat::
hehehe..kenangan tuh....

kak cho::
bukan ke ko masih skolah lagi? hahahaha..

h a n i e said...

tapi skolah aku takdek pokok ketapang.. :P

KeJoRa said...

kak cho::
ko tanam la sepohon..hahaha..

Kuwe said...

Dan kesimpulan. Dari umur upsr sampai ke sekarang. Berapa purata umur pokok tu?

farwalis said...

dulu aku jenius gak weh

Shukri Mohd Ali said...

masa tu saya belum reti eja perkataan 'genius' lagi. hakhakhak =P

KeJoRa (aJuE uJa) said...

kuwe::
purata umur pokok ketapang tersebut adalah 17 kali ganda tua dari kamu..hehe

farwalis::
ye ke? =P

shukri::
aku syak masa tu kamu suka minum sustegen, kan? hehe

embun d tengah malam said...

aku pun rindu gila ..kenagan di zaman sekolah best..

aku tunggu lagenda budak setan

KeJoRa said...

embun::
haha..aku membesar dgn novel2 Ahadiat Akashah..

Firol said...

zamana yang membuat kita tak nak jadi dewasa

puding roti said...

zmn sekolah bes sbb blh comot

KeJoRa said...

firol::
betol..kalo bleh nak jadi kanak-kanak selama-lamanya..

puding::
hahaha..tau xper..buleh main kejar-kejar..

embun d tengah malam said...

bagus la kau

KeJoRa said...

embun::
hehe..=)