Papan Iklan

Saturday, May 15, 2010

Kerana Matematik Tambahan


Tahun 2001...

Aku, Pok Teh, Kamal, Syahrul dan Zemang. Berdiri tunduk mengelilingi meja guru di hadapan kelas. Riak wajah kami tak ubah macam cencorot. Member-member lain duduk diam di tempat masing-masing dan tekun menatap kertas ujian percubaan SPM yang telah ditandakan. Subjek matematik tambahan (ini adalah killer subjek sebab aku memang tak pandai matematik).

Cikgu Asiah memandang garang ke arah kami berlima. Renungannya tak ubah seperti seekor singa yang kelaparan.

"Awok nih. Ape nok jadi?" Cikgu Asiah mula memberi ceramah pada kami berlima.

Diam.

"Ni bulan 8 doh. Sudoh-sudoh la tu main sofbol. SPM dekat sangat doh," Sambung beliau.

Kami tunduk. Membisu.

"Tengok markah awok. Tak dok peningkatan langsung. Awok dok buat latihan ke?" Beliau memandang wajah kami. Seorang demi seorang.

Cikgu Asiah mendengus perlahan.

"Lepas nih ada lawan sofbol lagi ke?" Tanya beliau.

"Ade. Bulan 9 ning. Maing untuk wakil negeri. MSSM," Jelas Kamal selaku ketua kami.

"Sukan Sea dok main ke?" Kedengaran nada-nada perli dari beliau.

Kami berlima saling pandang-memandang.

"Awok. Azura!" Aku terkejut. Beliau memandang aku.

"Awok sorang je budok puang hok main sofbol dalam kelas nih. Tengok markah awok. Molek sikit dari kawan awok 4 orang nih. SPM betul nih awok score molek la. Bagi lulus pun jadi doh,"

Aku diam.

"Hmmm.....ginilah. Awok mainlah sofbol tu. Tapi, saya nok awok jawab molek la subjek saya lepah nih," Kami hanya mengangguk dengan kata-kata nasihat beliau.

SPM 2001. Result SPM aku cukup-cukup makan je. Matematik tambahan pun sekadar lulus je. Alhamdulillah. Lepas jugak la nak ke Matriks.


Tahun 2002.
..

Tengah syok lepak-lepak depan tv. Adik aku masuk. Baru balik dari sekolah. Al-maklumlah, sebelum dapat sambung belajar ke mana-mana, aku lepak kat rumah je dulu.

"Mung la nih maing sofbol sangat," Adik aku mula bising.

"Bakpe?" Aku keliru. Sebab lepas percubaan SPM aku dah tak main dah sukan tu.

"Cikgu Asiah kenal aku. Dia tengok nama ayoh. Terus dia tanya mung ni kakok aku ke," Jelas beliau dengan muka yang tak puas hati.

"Hahaha..padan muka mung," Aku gelak.

Cikgu Asiah telah bertukar ke sekolah adik aku pada tahun 2002. Tak pasal-pasal adik aku glemer disebabkan oleh aku (aku dan adik aku berlainan sekolah). Hahaha....


~ Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgi kat Malaysia nih, Kakak-kakak aku, kawan-kawan aku, bloggers yang aku kenal, Cikgu Firol dan Citah (ex-cikgu tadika). Juga cikgu memandu aku dulu, Pok Yeng, dan sapa-sapa je lah yang rasa dirinya adalah cikgu. ~

22 comments:

Firol said...

jue ingat tak cikgu math sekolah kite yang lelaki pakaian memang retro pakai spek..ngajar math

K.O.A.L.A said...

haha...pasal add math gak la aku kene ngadap PK HEM aku...name memanjang blacklist kalo kuar result ujian bulanan.

KeJoRa said...

firol::
errrkk....tak igt ler...dia ngajor from brape? kelas mane time tuh? huhuhuhu..

citahrudin said...

x sangka ruang komen ni buleh jadik ruang reunion..hahaha

koq ~ thengkiyus manyak2..
elebyu bebeh!!!

KeJoRa said...

koala::
hahaha...masing2 ada kenangan ngan add maths..

KeJoRa said...

citah::
welkam2....ley biu tooo....=P

mcjust.lol said...

selamat hari guru... jugak kpd bakal guru.. hehehehhh

beautiful_rose said...

huhuhu ckg2 kat skola slalu kompius nak bezekan aku dgn adk aku.sbb dorg ingat kami kembar sedg kan beze umo aku dgn adk aku jarak 2thn.

KeJoRa said...

mcjust::
hehehe..on behalf of cikgu2..time kasi..(mcm aku pulak yg jadi cikgu) hahahaha..

beautiful rose::
hehe..kesian...lain kali pakai nametag besor2...

yusuf mujahidin ™ said...

nice bro..best kn zaman skolah? hahaha

mirachantek said...

saya, saya! saya nak kredit juga boleh? saya pun cikgu tadika sekjap dulu, siap tutor tusen tau.
hahahaha gediks tol

h a n i e said...

hahahaha...tang add math tu..aku siap tulis formula atas meja..sb cikgu tu asal masuk kelas suh jwp soklan.. :P

KeJoRa said...

yusuf::
betol2...rasa cam nak jadi budak2 blk...hehe

mirachantek::
huhu..yo lah..selamat hari guru utk kamu...(kamu mmg gedik ke...=P)

kak cho::
vandalisme tu..haha...muat ke meja tu? formula add maths kan byk sgt..haha

Aku said...

Kalau Aku, bangga pe ada kakak glemer cam ko.

Hahaha...

Kuwe said...

Adik femes sebab kak brona.
Orang puang maing sofbol. Kemah keming.

KeJoRa said...

Aku::
hohoho...aku xsuka glemer..xde privacy..wakakakkaka

kuwe::
huhuhuh....aku yg maing sofbol, adik aku yg kene efek..haha

Linglung said...

lu dapat main sukan SEA tak? kehkehkeh

KeJoRa said...

linglung::
haram xlepas..peringkat negeri pun gua sangkut..haha

fndrocka said...

rajin bersukan mesti perut kau ada 6 pack kan,,mesti badan mantap..kih3

add math paper paling puaka...tak penah lulus..nasib spm aku lulus

KeJoRa said...

fndrocka::
haha..dulu mmh ada 6 pack..sekrg dah jadi lain macam plak..hehe

kita serupa laa...cukup2 mkn jer paper add maths tu..

alhariesz said...

kalo matematik tu macam melukis atau menulis karangan mungkin aku dah jadik professor...

ikhlas dari aku yg buta sifir.... hoho

selamat hari cikgu...

KeJoRa (aJuE uJa) said...

alhariesz::
hahahaha..ko pun spesis yg xterer matematik jugak ke?