Papan Iklan

Thursday, May 20, 2010

Pilihan


Hidup. Sentiasa ada pilihan. Setiap jalan yang dilalui, pasti ada pilihan. Setiap langkah yang diatur, juga ada pilihan. Semuanya bergantung pada diri sendiri. Baik dan buruk pilihan yang diambil akan memberi impak sama ada kecil atau besar. Bahagia atau derita. Serta, untung atau rugi.

Aku percaya. Jika setiap pilihan yang diambil itu berdasarkan rasional yang positif. Maka, ia akan mendatangkan hasil yang terbaik dalam hidup. Tapi, sebelum membuat sesuatu pilihan. Pasti ada halangan serta dugaan yang harus ditempuhi. Fikirlah semasak-masaknya dahulu sebelum membuat sesuatu pilihan. Nak lebih afdhal, lakukanlah Istiqarah.

Aku dah buat pilihan. Dan aku dah nekad dengan pilihan aku. Sungguh.






Tapi..





Apsal brader yang jual roti tempayan tak de pulak kat pasar malam tadi?

Terpaksalah aku tukar menu lain.

Haih! Kempunanlah aku..

18 comments:

Firol said...

sekali sekala tukar menu

h a n i e said...

ntahnye..kl selalu..jemu..



[hangen gile aku ngan brodbeng nan seko ni...asyik buat hal jek mlm ni..uhuhu T__T]

Frodo Baggins said...

xkan nak hari2 sama?
ke merindu kat brader roti tempayan.
haishhhh berkias2 pulak


weeeee ~~

>>___<<

KeJoRa said...

firol n hanie::
dah lama x pekena roti tempayan tu..ngidam nih...huhuhu..

frodo::
hampeh lu...aku rindu kat roti tempayan bukan si brader pembuat roti tempayan..

embun d tengah malam said...

hahahha..ending terbaik

hans said...

hahahha
ingat besar sangat la sampai kena wat istiharah
menu makanan je pun
ekekekkee

yg_indah said...

jadi skrg dah xda pilihan?

puding roti said...

haha. btl kalo dh set nk mkn pe tiba2 tak tercapai mmg sedih kena set mind blk semula. huu

afendi ariff said...

roti nan pun sodap!
heh!

alhariesz said...

"dengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan...."

musim ujaan...sibuk tadah air ujan la tuh gamaknye...

HOHOHOHOH :D

Frodo Baggins said...

ecececcececcee ~~


lagi x nak ngaku ker?
nak bkias bahasa pulak
cakap jer rindu brader roti!

mirachantek said...

betul la kau jiwa kacau. aku ingat serius la bebeno

KeJoRa said...

embun::
hahhahha...

hans::
sedap weh roti tempayan tu..

yg indah::
ada..1) nasi campur, 2) laksa 2) nasi kerabu, 4) roti john..hahaha

puding::
betol..selera pun dah lain macam

afendi::
errr...roti nan ngan roti tempayan bukan sama ke? huhu..

alhariesz::
mmg hujan pun masa aku gi pasar mlm tuh..huhuhu..

frodo::
aku rindu kat roti tempayan yek...diulangi..roti tempayan..bkn brader roti tempayan...cesss..

mira::
roti tempayan adalah peveret aku..cm ne xjiwa kaco kalo xdpt?

embun d tengah malam said...

:)

Shukri Mohd Ali said...

kita merancang tuhan menentukan...kikiki =)

fndrocka said...

kita kalau buat pilihan pun....kalau dah bukan ketentuan..tak dapat gak nak nolong.hoho.

takat hal roti tempayan..kau baling dadu cukuppla.takyag pikir sampai guling2

Latest Entri : Peristiwa Subuh

burungmurai said...

2 dilema nih...
antara roti tempayan dan bukan roti tempayan....
huhuhuhu

KeJoRa said...

embun::
hehe...=)

shukri::
betol..redha je lah dgn takdirnya..hehe..=)

fndarocka::
setuju....dah tak de rezeki..terima je lah hakikatnye..

burungmurai::
haha..dilema ngada2 cam tu lah..