Papan Iklan

Wednesday, May 26, 2010

Uban


Rambut aku dah ada uban. Betul. Tak tipu. Mungkin disebabkan rambut aku dah rosak. Atau keturunan. Mungkin dah tua. Memang itulah jawapan yang tepat. Tapi aku tak kisah pun. Sebab adik-beradik aku semua dah ada uban. Adik aku yang muda dari aku pun ada jugak. Siap aku la yang tolong cabutkan uban dia. Baikkan aku nih? Ala..bukannya banyak pun uban yang tumbuh. Ada la 2-3 helai.

Mak aku pun tak suka aku cabut uban. Dia takut kepala aku jadi botak. Kata beliau, "Uban tu adalah Nur. Tu tandanya Tuhan sayang kita. Dia suruh kita beringat. Umur makin tua,"

Masalahnya, aku jenis yang tak boleh tengok ada uban kat kepala aku atau adik aku. Pantang. Mesti nak cabut. Geram. Lagi pun orang cakap, kalau dicabut makin banyak yang tumbuh. Lantak la. Kepala aku, apa korang kisah?

Tapi, bila difikirkan balik. Apa yang mak aku cakap tu, betul jugak, kan? Apa pendapat korang?

Monday, May 24, 2010

Kisah Teman Tapi Mesra

Ini kisah dulu-dulu laa......

Aku perempuan
Dia lelaki

Aku Melayu
Dia Cina

Aku Islam
Dia Budha

Aku cakap:-
"Kalo lu masuk Islam, gua nak sterika kaki dan tangan lu. Kasi buang lu punya tatu. Amacam?"

Dia cakap:-
"Kalo gua masuk Islam, gua nak lu jaga gua masa gua kena 'potong'. Jadi nurse gua. Amacam?"

Errkk.......Agak-agak, ada tak jawatan Tok Mudim untuk perempuan?

Keh..keh...keh.....!! =p

Thursday, May 20, 2010

Pilihan


Hidup. Sentiasa ada pilihan. Setiap jalan yang dilalui, pasti ada pilihan. Setiap langkah yang diatur, juga ada pilihan. Semuanya bergantung pada diri sendiri. Baik dan buruk pilihan yang diambil akan memberi impak sama ada kecil atau besar. Bahagia atau derita. Serta, untung atau rugi.

Aku percaya. Jika setiap pilihan yang diambil itu berdasarkan rasional yang positif. Maka, ia akan mendatangkan hasil yang terbaik dalam hidup. Tapi, sebelum membuat sesuatu pilihan. Pasti ada halangan serta dugaan yang harus ditempuhi. Fikirlah semasak-masaknya dahulu sebelum membuat sesuatu pilihan. Nak lebih afdhal, lakukanlah Istiqarah.

Aku dah buat pilihan. Dan aku dah nekad dengan pilihan aku. Sungguh.






Tapi..





Apsal brader yang jual roti tempayan tak de pulak kat pasar malam tadi?

Terpaksalah aku tukar menu lain.

Haih! Kempunanlah aku..

Sunday, May 16, 2010

Di Bawah Pohon Ketapang Itu


Merujuk kepada gambar di atas (apasal aku rasa ayat macam buat karangan rumusan PMR je?). Itulah kelas aku masa darjah 6. Yang dinding kaler kuning dengan pintu kaler biru tu. Kelas budak-budak genius. Dulu, kelas tu sama kaler dengan kelas sebelah. Aku syak, diorang cat baru sebab nak bezakan kelas budak-budak genius dengan budak-budak normal yang lain. Aku syak je la.

Pagi-pagi sebelum loceng kelas berbunyi. Macam biasa, kami dikerah untuk mengutip daun-daun kering yang gugur. Juga sampah-sarap yang ada. Menjaga kebersihan adalah amalan yang mulia selain mengurangkan kerja pakcik-pakcik dan makcik-makcik cleaner.

Masa waktu rehat. Bawah pokok ketapang ni lah jadi port kami main kejar-kejar. Dulu ada jugak kerusi kayu yang panjang kat situ. Boleh jugak la duduk-duduk sambil makan keropok dan aiskrim yang dibeli kat kantin sekolah mahupun kat kedai sebelah. Sekarang dah tak de. Dah patah.

Bila waktu tengahari pulak. Agak-agak cuaca panas, cikgu kelas aku suka lepak bawah pokok tu dengan kami. Katanya belajar sambil hirup udara yang segar. Padahal, dalam kelas panas giler. Duduk bawah pokok tu best sebab berangin.

Petang-petang pulak, bila dah habis kelas tambahan. Selalu jugak la aku dan member-member lepak kat bawah pokok tu sambil tiru kerja sekolah. Macam la korang tak pernah buat, kan?

Dan, di bawah pohon ketapang ini jugak lah, dua pasangan kapel disandingkan oleh cikgu kelas aku. 4 buah kerusi diletakkan di situ dan mereka dikehendaki duduk ala-ala di atas pelamin dan menjadi tontonan kami. Motifnya. Jangan nak gatal-gatal mengorat. UPSR pun tak ambil lagi. Kesian. Tapi kelakar. Buat member-member aku yang pernah menjadi 'pengantin' tu, korang memang selamber (Sheda, Shahmi, Ijie dan Sikin).

Rindu nak balik ke zaman kanak-kanak ribena nih. Buat cikgu kelas aku masa darjah 6, terima kasih di atas segala-galanya kerana aku telah 'menjadi orang' walaupun aku bukannya budak genius. Selamat Hari Guru. Jasamu ku kenang sepanjang hayat.

~ Gambar tu aku amik masa balik kampung hari tuh ~

formspring.me

Jgn Tanya. Aku Tak Tau Nak Jawab Apa... http://formspring.me/ajue

Cesss....aku turut terjebak. Benci.

Saturday, May 15, 2010

Kerana Matematik Tambahan


Tahun 2001...

Aku, Pok Teh, Kamal, Syahrul dan Zemang. Berdiri tunduk mengelilingi meja guru di hadapan kelas. Riak wajah kami tak ubah macam cencorot. Member-member lain duduk diam di tempat masing-masing dan tekun menatap kertas ujian percubaan SPM yang telah ditandakan. Subjek matematik tambahan (ini adalah killer subjek sebab aku memang tak pandai matematik).

Cikgu Asiah memandang garang ke arah kami berlima. Renungannya tak ubah seperti seekor singa yang kelaparan.

"Awok nih. Ape nok jadi?" Cikgu Asiah mula memberi ceramah pada kami berlima.

Diam.

"Ni bulan 8 doh. Sudoh-sudoh la tu main sofbol. SPM dekat sangat doh," Sambung beliau.

Kami tunduk. Membisu.

"Tengok markah awok. Tak dok peningkatan langsung. Awok dok buat latihan ke?" Beliau memandang wajah kami. Seorang demi seorang.

Cikgu Asiah mendengus perlahan.

"Lepas nih ada lawan sofbol lagi ke?" Tanya beliau.

"Ade. Bulan 9 ning. Maing untuk wakil negeri. MSSM," Jelas Kamal selaku ketua kami.

"Sukan Sea dok main ke?" Kedengaran nada-nada perli dari beliau.

Kami berlima saling pandang-memandang.

"Awok. Azura!" Aku terkejut. Beliau memandang aku.

"Awok sorang je budok puang hok main sofbol dalam kelas nih. Tengok markah awok. Molek sikit dari kawan awok 4 orang nih. SPM betul nih awok score molek la. Bagi lulus pun jadi doh,"

Aku diam.

"Hmmm.....ginilah. Awok mainlah sofbol tu. Tapi, saya nok awok jawab molek la subjek saya lepah nih," Kami hanya mengangguk dengan kata-kata nasihat beliau.

SPM 2001. Result SPM aku cukup-cukup makan je. Matematik tambahan pun sekadar lulus je. Alhamdulillah. Lepas jugak la nak ke Matriks.


Tahun 2002.
..

Tengah syok lepak-lepak depan tv. Adik aku masuk. Baru balik dari sekolah. Al-maklumlah, sebelum dapat sambung belajar ke mana-mana, aku lepak kat rumah je dulu.

"Mung la nih maing sofbol sangat," Adik aku mula bising.

"Bakpe?" Aku keliru. Sebab lepas percubaan SPM aku dah tak main dah sukan tu.

"Cikgu Asiah kenal aku. Dia tengok nama ayoh. Terus dia tanya mung ni kakok aku ke," Jelas beliau dengan muka yang tak puas hati.

"Hahaha..padan muka mung," Aku gelak.

Cikgu Asiah telah bertukar ke sekolah adik aku pada tahun 2002. Tak pasal-pasal adik aku glemer disebabkan oleh aku (aku dan adik aku berlainan sekolah). Hahaha....


~ Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgi kat Malaysia nih, Kakak-kakak aku, kawan-kawan aku, bloggers yang aku kenal, Cikgu Firol dan Citah (ex-cikgu tadika). Juga cikgu memandu aku dulu, Pok Yeng, dan sapa-sapa je lah yang rasa dirinya adalah cikgu. ~

Friday, May 14, 2010

Kisah Pening Yang Tak Seberapa Nak Pening


Minggu yang pening. Boleh jadi separa normal. Giler dengan kerja. Ooohh! Opismate aku sorang dah selamat kena serangan darah tinggi. Dah la pregnant. Kesian. Aku? Masih lagi cool. Tapi. Setakat sakit kepala tu, tak usah cakap ler. Dah jadi mainan. Kebal gak kepala aku nih.

Ok. Ni aku nak cerita sikit. Kat opis aku. Ada sorang brader yang kerja dia hantar barang-barang untuk kapal kompeni tempat aku kerja nih. Brader Hasan nama dia. Orang Sabah dan suka membebel. Bebelan dia boleh buat aku sakit kepala dan pening. Bukan aku je. Member-member lain dan jugak bos aku.

Berbalik pada kerja Brader Hasan nih. Semua hal ehwal yang berkaitan dengan barang-barang yang nak hantar kat kapal kena bagi tahu kat dia beserta dengan dokumen-dokumen yang tertentu. Dan bila dah ready dan settle semua, Brader Hasan ni akan tunjukkan salinan dokumen yang telah disahkan oleh Kapten kapal kepada aku dan orang-orang yang incharge. Paham? Tak paham sudah. Haha..

Siang tadi. Masa aku tengah pulun issue PO yang banyak giler sampai buat aku rasa nak muntah dan kepala aku jadi berasap, Brader Hasan ni masuk opis dan membebel seperti biasa pasal barang-barang yang dia dah hantar kat kapal. Aku dengar je la. Malas nak bising.

"Aku dah naikkan semua barang Saipan Carrier," Jelasnya.

"Ye," Aku angguk kepala. Mata aku sibuk mengadap PC. Tangan ligat tekan-tekan keyboard.

"Kapal sudah belayar. Tengok nih. Semua barang aku sudah naikkan," Ulangnya. Dia menunjukkan sehelai kertas pada aku dari jarak 1 depa. Yang aku nampak hanyalah tulisan ala-ala doktor dan huruf abjad yang kecik nak mampos yang dihighlightkan dengan kaler kuning.

Aku cuba fokus. Nak tengok apekebenda yang ditulis kat kertas tu dari jarak jauh. Tak nampak. Aku cuba kecikkan anak mata aku. Tapi tak nampak jugak. Oh. Lupa. Aku tak pakai spek. Lantas, aku capai spek yang aku letak atas CPU dan pakai. Hah. Baru terang dan jelas. Nampak sebijik-sebijik tulisan kat kertas tu serta cop kapal sekali.

"Haaa....itulah kamu, tak cukup tidur. Itu yang tak nampak," Bebel Brader Hasan pada aku dan berlalu pergi dengan selamber kodok.

Dan aku semakin pening. Apa motif tak cukup tidur dengan rabun pulak? Adeehhh..

Wednesday, May 12, 2010

Mengharapkan Sesuatu Yang Indah


1. Berharap agar Malaysia beroleh kemenangan untuk Piala Thomas 2010. InsyaAllah. ~Bikin panas punggung bila tengok game Malaysia. Penat bersorak depan tv ~

2. Berharap agar Encik Basis dari band The Dearly Missed cepat sembuh dan kembali sihat walafiat dari serangan virus H1N1. InsyaAllah. ~ GMDSS tak sabor nak lepak secara berjemaah nih ~

3. Berharap agar ada tuan rumah yang sudi menyewakan rumah beliau kepada tiga gadis perantau yang comel ini lagi baik hati. InsyaAllah. ~ Tuan rumah yang ada lebihan rumah di sekitar Klang, Bukit Tinggi, Bandar Botanic, Pandamaran, Telok Panglima Garang dan Bandar Puteri serta Andalas, sila ambil perhatian ~

4. Berharap agar si penghutang membayar hutang aku yang tak seberapa banyak tu dengan kadar secepat yang mungkin. InsyaAllah. ~ Lu nak gua buat onar dalam FB lu ke atau hidup lu? Masa nak mintak tolong dengan gua hari tu bukan main baik lagi ~

5. Berharap agar kapal-kapal berhantu yang aku in-incharge nih tak buat perangai nak delay lama-lama kat tetengah laut tuh. InsyaAllah ~ Boleh sakit jiwa bila kapal-kapal nih masuk port secara serentak dan mintak barang-barang yang urgent ~

6. Berharap agar rezeki untuk aku sentiasa dimurahkan olehNya. InsyaAllah. ~ Sedang berjimat-cermat supaya poket bertahan sehingga hujung bulan ~

7. Berharap agar keajaiban akan berlaku. InsyaAllah ~ Encik SPA, bila nak interview aku? ~

Oh ya! Entri ini tiada kena-mengena langsung dengan Encik Yang Indah (aku tolong promote blog kamu. Sila bagi komisen). Hahaha..... (^.^)

Saturday, May 8, 2010

Iklan Dan Rehat



(Gambar di curi dari Google)



Berehat Sebentar Bersama Kit-Kat



.



Akan Kembali Selepas Ini...

Wednesday, May 5, 2010

Ada Apa Dengan Fesbuk?


Satu hari yang tenang. Ketika tiba giliran aku mengadap laptop adik aku (masa ni kena amik nombor nak guna laptop sebab berebut dengan cucu-cucu mak aku yang sibuk nak main game dan aku tak de laptop sendiri lagi waktu tu).

Aku: Mu ada fesbuk? Meh aku nok add.

Adik: Tak dop.

Aku: Bakpe tak dop?

Adik: Sebab maing komeng-komeng dalam fesbuk adelah benda hok paling BODO skali..

Speechless...(T.T)

Monday, May 3, 2010

Surat Untuk Abang Evo Pearl White


Kepada Abang Evo Pearl White.

Sampai hati u tinggalkan i di highway macam tu je. Mana sifat kemachoan u? Tak kesian ke biarkan i sorang-sorang di highway siang tadi? Dah la cuaca panas membahang. U pulak selamber je berdesup laju. Sakit hati i tau. I kecewa dengan sikap u. Benci.

Abang Evo Pearl White. Kenapa u pandu kereta laju sangat? Lagi pun had laju cuma 110km je. Tak sempat i nak kejar u. Maklumlah, kereta i nih buatan Malaysia je. Bila tekan minyak cecah 140km dah bergegar stereng. Niat di hati, nak je i tahan u tadi dan tumpang sekali. Boleh la kita balik KL bersama-sama. Saling teman-berteman. Kan bagus macam tuh. Tak lah sunyi sangat. Kan? Kan? Kan?

Abang Evo Pearl White. Lain kali kalau kita jumpa lagi di highway, jangan tinggalkan i lagi tau. I tak nak makan asap Evo Pearl White u lagi. Tak sedap. Bikin hati i panas je. Janji tau. Lain kali tunggulah i. Kalau u tak nak kasi i tumpang pun tak pe. Asalkan kita konvoi bersama-sama. Barulah sweet meweet. Kan? Kan? Kan?

Anyway, terima kasih banyak-banyak sebab escort i dari Tol Jabor sampai ke Gambang sebelum u menghilangkan diri jauh dari i. I tak tahu macam mana nak balas budi baik u tuh. InsyaAllah, kalau ada jodoh dan kita jumpa lagi, i belanja u keropok lekor. Ok?

Abang Evo Pearl White. Harap-harap kita jumpa di KL yek. Apa nombor plat kereta u? WTE ****? I lupalah. Jangan lupakan i tau. I akan sentiasa ingat kereta u yang hensem tu. Jangan marah.

Dari Gadis Perodua Mocca Silver.