Papan Iklan

Thursday, January 6, 2011

Buat Baik Sekali-Sekala. Buat Jahat Berpada-Pada


"Kita wajib tolong orang yang susah,"
Pesan seorang saudara. Memang aku ingat sampai bila-bila.

Tapi. Adat hidup. Bukan semua orang yang kau tolong yang reti kenang budi. Dan bukan semua orang yang kau hulurkan bantuan yang tahu hargai pengorbanan kau. Atau dengan kata lain yang lebih tepat lagi. Mereka hanya mengambil kesempatan ke atas kebaikan kau saja. At the end, apabila kau pulak yang dalam kesusahan, ada diorang kisah masalah kau?

Aku bukan nak mengungkit. Apa lagi nak pentingkan diri. Tapi. Itulah manusia. Bila susah cari kawan. Bila senang lupa kawan. Dunia ini memang kejam. Aku memang tak suka bila dijadikan sebagai kaunter-terakhir-untuk-mengadu-nasib. Wak De Fak? Serik dah.

Kadang-kadang aku pikir, ada betulnya hasutan hati setan aku. "Buat baik sekali-sekala. Buat jahat berpada-pada," Hahahaha...

Ye lah. Asyik kau je yang tolong masalah orang. Asyik kau je yang nak kena jaga hati orang. Masalah kau? Hati kau? Ada orang lain nak jaga?

So. Play safe. Kalau rasa nak tolong. Ikhlaskan hati. Semoga Tuhan membalas segala jasa kebaikan kau. Dan kalau rasa tak nak tolong. Tak payah. Usah ditambah bebanan yang sedia ada. Nasihat ikhlas dari aku.

Ok. Aku bukannya baik sangat pun. Kalau nak mintak tolong dengan aku, aku tak kisah. Janji ada upah. Amacam? Ada bran? Hahaha..

11 comments:

beautiful_rose said...

ni amaran ke peringatan?
takut aku... =p

nil said...

ye, mintak upah pasni. khidmat nasihat pun mintak upah jugak.

jedi said...

brape ko cas kalo nak mintak tolong??

Faaein Himura said...

hahaha.. leh aje.. aku upah 50 sen cukup? hahaha.. =P

yer arr.. kadang2 dia orang ni time susah beriya cari kita.. bila dah senang.. lupakan kita.. bila kita susah.. dia org lari pula dari kita.. tak adil btul..

theblabber. said...

jangan expect orang to return the favour.

Peminat Katie Holmes said...

buat je kalau kita mampu nak tolong but then it always right to say that dont expect them to return the favour.

Shukri Mohd Ali said...

muahahaha...tahun ni nak jadi jahat! ;D

frwls said...

aku nak mintak tolong buatkan kopi. apa balasan kau harap?hiihihih

Ju Asu Ra said...

br ~ ini adalah bebelan..haha

nil ~ boleh bikin bisnes..

jedi ~ sila blanje aku makan, boleh? haha

fh ~ yep..kadang2 mmg rasa tak adil..

tb ~ xkan nak mtk tolong blk pun xboleh?

pkh ~ nampaknye mcm tu lah..

sma ~ wah....aku sokong..muahaha..

caki ~ aku harap ko boleh tolong belikan pisang goreng panas2 sambil pekena kopi..amacam?

Faaein Himura said...

bila baca balik pasal ni.. mesti teringat masa belajar dulu.. hmm..

Ju Asu Ra said...

fh ~ uikss..ada kenangankah?