Papan Iklan

Friday, November 13, 2009

Sumpah-Seranah Di Hari Jumaat Yg Mulia

Sebelum sumpah-seranah. Tanda-tanda dah ada sebelum lunch hari ini.

Aku: Kak, orang cakap kalo tapak tangan gatal, tanda rezeki nak masuk, kalo gatal jari tengah je, apa maknanya? (sambil mencucuk-cucuk jari tengah dengan pen)

Kakak Opis: Tu tandanya nak sumpah seranah orang. Hehehehe..

BUKTINYA.

Sumpah-seranah 1:

Tadi. Masa lunch. Pergi beli nasi kat kedai pakcik sebelah opis. Biasanya nasi separuh, ikan goreng+sayur harganya RM3.00 sahaja. Cukuplah satu lauk dan satu sayur. Tapi, hari ini aku makan nasi separuh dengan ikan keli sambal je dah kena RM3.50. Dah la sayur tak de. Memang aku tak puas hati. @#%$#!#!**

Sumpah-seranah 2:

Jumaat. Aku tau la orang-orang lelaki kena pergi Solat Jumaat. Tak kisah la keluar opis awal sikit dan lunch dulu. Yang buat angin taufan puting beliung aku menyerang ni sebabnya lepas makan kenyang-kenyang bukannya reti pergi masjid. Tapi duduk melepak kat kedai makan sampai pukul 2.00. Kalau macam tu lah keadaannya, baik tak payah keluar opis awal dan lunch awal. Buat rugi kompeni je. @#$&!#$@*$!

Segala sumpah-seranah aku di lakukan secara live di opis, bukan di kedai makan. Sekian.

Kejap lagi konpem aku lapar balik. Kena selongkar tin biskut nih. Lepas tu buat air teh panas-panas. Perghhh!! Nikmatnya. Lebih-lebih lagi time hujan sekarang nih. ;-)

7 comments:

~0~ said...

kalo kena ikan pari celup tepung ujan2 nie best nie....jom...hahahha

BuLaN iTu aKu said...

hehehe,...
hari sumpah seranah sedunia
kerana saya pun baru menyumpah brader yang baiki toilet kat hostel saya

yg_indah said...

ko buat aku teringat goreng pisang cicah kuah specially made,bwh pertama kompleks.haha

Kejora Di Ufuk Timur said...

~0~:perghh..best2..kecur liur aku..hahha

bulan: wahh..kita senasib hari ni

yg indah: sedapnya..tergugat iman aku kalo bab2 makan nih..

Firol said...

mari menyumpah mereka yang tak solat jumaat

cik EPAL said...

kalau tin biskut dah habis biskut macam mana?? hehe ;)

Kejora Di Ufuk Timur said...

Firol: jom..jom..

cik epal: jgn risau..stok coklat masih ada..haha