Papan Iklan

Tuesday, July 12, 2011

Sentimental Value


Henpon wa masuk hospital. Dia punya keypad memang dah tak reti mengeja. Tu belum lagi suka-suka hati dia je nak on-off sendiri. Kejap-kejap hidup. Kejap-kejap mati. Jadi, sebelum dia jadi makin parah dan nazak adalah baik gua hantar dia ke hospital 2-3 hari. Kasi treatment.

Member-member gua suruh gua beli henpon baru. Yang canggih-canggih. Yang boleh berbbm. Yang boleh sentuh dengan jari. Yang boleh update status fesbuk. Yang boleh sambung dengan wifi. Yang macam-macam ada. Tapi. Gua tak teringin nak pakai pesen henpon berteknologi macam tuh. Nanti gua jadi lagha. Serius. Bila gua dah jadi lagha. Gua tak ingat mende lain dah. Gua jadi malas nak buat keje. Mesti hidup gua nanti makin sibuk dengan aktiviti 'sosial' dengan henpon sebegini. Lainlah kalau dorang nak sponsor. Ye dok?

Lagipun, henpon wa sekarang ni adalah benda yang di antara gua sayang. Sebabnya, gua beli dengan duit gaji gua sendiri. Tiap-tiap bulan gua menabung. Gua sanggup tak shopping komik. Gua sanggup tak makan kepsi. Gua sanggup berjimat-cermat semata-mata gua nak beli henpon ni untuk hadiah besday gua sendiri masa tahun 2009. Hah! Di situlah letaknya sentimental value gua pada henpon nih. Tengok. Gua memang seorang yang setia walaupun henpon gua selalu buat perangai dan kaler dia pun dah pudar. Gua memang tak kisah dengan keadaan fizikal dia sekarang. Gua terima je dengan kekurangan dia. Janji dia boleh berkhidmat dengan gua.

Ah! Emosi pulak gua malam ni. Gua harap gua boleh bangun subuh dengan sendiri tanpa deringan alarm. Sunyilah pulak nanti sebab biasanya gua dah set 5 alarm untuk kejutkan gua.

Biarlah gua dengan henpon klasik gua. Gua memang bahagia dengan dia. Lagi satu, gua nak tanya ni, orang-orang yang pakai henpon canggih-canggih tu, kredit ada sokmo ke? Kehkehkeh...

12 comments:

hanie said...

hahaha...wa pn syg henpon wa.dh dkat 7 thn umor dia. masih kacak.buleh main sms dgn cemerlang, battery saja mcm gampit.





tp kdg2 tergoda jgk tgk henpon2 kacak yg lain. hahaha

ahmad said...

5 alarm tu
hahha

makwe joni said...

pehh!! yes!! macam mana pun kena sayang jugak!! yeahhh!! jangan tukar!!!
yeahhh!!!

ahmad said...

dan koq pun kembali menyepi

Anonymous said...

benda2 klasik ni jugak yang kita sayang kan.

Anonymous said...

harap pihak hospital dapat bagi servis paling tiptop dan tak makan masa yg lama...gila tak best!

~citah yg malas nak login ~

ORLANDO AHMAD said...

gua guna henpon lampu suluh

yg_indah said...

duit utk beli henpon baru guna utk sedekah masjid.

Linlin said...

pakai hp mahal, sedia duit bil/ top up sekali.

Selamber Rock said...

kak cho ~ sila tukar bateri baru. kesian dia asyik kena maki dgn lu je. hahaha. simpan duit weh..haha

nasyrun ~ apesal?

citah ~ mana ada tukar derr..repair je.

nasyrun ~ ye betul.

ateeka ~ sbb ada memori.

citah ~ dah sihat wafiat

orlando ~ berguna tu dlm gelap

yg indah ~ ko ke? pehh. tabik spring

nil ~ xmampu weh.

aziekz said...

gua pun maseh gna hphon klasik,,hehe.,bla la org nak bg phon touch2 tu,,,,huhu

Selamber Rock said...

mtk je dgn sapa2 yg nak sponsor..haha